Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memuji usaha Malaysia membangunkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDG3) bagi mengekang propaganda Daish, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata perkara itu disuarakan Obama pada Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat yang berlangsung di sini pada Khamis.
"Ucapan penghargaan itu disebut dalam ulasannya dan dia berterima kasih kepada Malaysia... itu adalah sumbangan kita (Malaysia) untuk menangkis propaganda IS (Daish)," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-28 dan Ke-29, dan sidang berkaitan, di sini.
Penubuhan pusat RDG3 itu dikemukakan Najib pada Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Pembanterasan Daish dan Keganasan Melampau yang dipengerusikan Obama pada September tahun lepas.
Inisiatif itu adalah usaha mengekang pengaruh Daish yang menggunakan laman sosial untuk merekrut anggota baharu serta menyebar ideologi di serata dunia.
Sementara itu, mengulas mengenai ketidakhadiran Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada sidang Kemuncak ASEAN-AS, Najib berkata beliau tidak bertanyakan perkara itu tetapi ketiadaan Duterte itu mungkin kerana tidak selesa dan serasi berikutan kontroversi melibatkan kedua-dua pemimpin berkenaan.
Bagaimanapun, Najib berkata Duterte menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-11 yang diadakan selepas itu (Sidang Kemuncak ASEAN-AS).
Beliau berkata berkata semasa EAS, Duterte turut menunjukkan gambar-gambar berkaitan masalah dadah di Filipina yang semakin teruk, serta gambar-gambar zaman kolonial yang menunjukkan ribuan rakyat Filipina dibunuh oleh tentera Sepanyol dan Amerika Syarikat semasa menjajah negara itu.
Menerusi gambar-gambar itu, kata Najib, Duterte mempersoalkan di mana hak asasi manusia yang dipegang oleh Amerika Syarikat sedangkan ramai rakyat negara itu dibunuh oleh tentera Amerika.
Perdana Menteri berkata Duterte turut menegaskan bahawa nilai hak asasi manusia tidak wajar diaplikasikan terhadap pengedar dadah yang telah membunuh, mengugut dan merogol banyak rakyat Filipina.
"Dia sendiri sudah melihat (kezaliman pengedar dadah) dan Filipina kini dibeban dengan masalah dadah yang begitu serius," kata Najib.
Ditanya sama ada Duterte telah mencuri tumpuan dan menenggelamkan Sidang Kemuncak ASEAN itu sendiri, Perdana Menteri berkata, ia bergantung kepada bagaimana seseorang melihat perkara itu.
"Bila anda memperkatakan sesuatu yang agak keras (terhadap Presiden Amerika Syarikat) memang anda akan menjadi tumpuan tetapi bagi saya, yang penting ialah ASEAN terus bersatu dan menyatakan pendirian berasaskan fakta supaya ASEAN kekal sebagai sebuah pertubuhan yang dihormati,"katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29 itu yang pertama diadakan selepas pewujudan Komuniti ASEAN pada 31 Dis 2015, dan selepas 'ASEAN 2025: Maju Bersama (Visi ASEAN 2025)' diterima pakai, kedua-duanya dimuktamadkan semasa Malaysia menjadi pengerusi perkumpulan itu.
Laos memecahkan tradisi apabila memutuskan untuk mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29, selain turut mengadakan sidang-sidang berkaitan.
Pada sidang-sidang berkaitan pada Khamis, Perdana Menteri turut mengetuai Malaysia dalam sidang EAS, Sidang ASEAN-India dan Sidang ASEAN-Amerika Syarikat.
Bernama
Thu Sep 08 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) beramah mesra dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull (kanan) dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe (kiri) pada Persidangan Kemuncak ASEAN. - Foto Bernama
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
MATRADE perkasa syarikat pertengahan dengan misi penerapan pasaran ke Vietnam
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lima syarikat peringkat pertengahan tempatan (MTC) untuk mengikuti Misi Penyerapan Pasaran ke Vietnam.