awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perangi Zika: Musa Aman arah PBT di Sabah adakah gotong-royong besar-besaran

Bernama
Bernama
04/09/2016
03:10 MYT
Perangi Zika: Musa Aman arah PBT di Sabah adakah gotong-royong besar-besaran
Musa mahu PBT untuk mengambil tindakan undang-udang terhadap mereka yang degil untuk membersihkan kawasan persekitaran, terutamanya tapak pembinaan. - Gambar fail
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar melancarkan gotong-royong besar-besaran berikutan kes virus Zika pertama yang dikesan di Sabah.
Beliau berkata PBT berkaitan perlu meningkatkan langkah untuk memastikan kawasan di bawah kuasa pentadbiran mereka, bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.
Musa turut menggesa wakil rakyat dan pemimpin masyarakat untuk lebih proaktif menjalankan kempen kesedaran mengenai penyakit berkaitan nyamuk serta menyertai aktiviti gotong-royong untuk memastikan kawasan mereka bebas daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk.
"Perkara ini (virus zika) tidak boleh dipandang ringan. Kita semua perlu memainkan peranan dan memastikan agar persekitaran kita bersih dan rumah kita tidak membiak nyamuk yang menyebarkan penyakit seperti denggi dan virus Zika, " katanya satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mahu PBT untuk mengambil tindakan undang-udang terhadap mereka yang degil untuk membersihkan kawasan persekitaran, terutamanya tapak pembinaan yang sering menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Semalam Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima laporan mengenai kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di negara ini.
Pesakit adalah seorang lelaki berumur 61 tahun berbangsa Dusun yang menetap di Taman Public Jaya, Likas, Sabah.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan pesakit berkenaan telah meninggal dunia pada 5.30 petang semalam akibat komplikasi masalah jantung yang dihadapinya.
Katanya, lelaki berkenaan juga mengalami komorbiditi seperti tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, karang ginjal dan gout.
Pada Khamis, kementerian itu mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun yang tinggal di Bandar Botanic, Klang, Selangor, positif jangkitan virus Zika seminggu selepas kembali dari Singapura pada 21 Ogos.
Topic Berkaitan
#Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
#Musa Aman
#pbt
#Zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan