UNTUK meningkatkan tahap keselamatan peranti, peranti Android kini akan melakukan but semula sekiranya dikesan tidak dinyahkunci selama tiga hari berturutan.

Selepas peranti hidup semula, untuk mengakses kandungan nombor pin perlu dimasukkan terlebih dahulu dengan sistem biometri dinyahaktifkan.

Kemas kini diberikan menerusi Google Play 25.14 dengan ciri ini disedari oleh 9to5Google.

Sistem keselamatan baharu ini ialah mirip yang diberikan Apple pada iPhone tahun lalu menerusi iOS 18.

Pihak berkuasa menyedari iPhone yang dirampas melakukan but semula secara rawak. Kandungan hanya boleh diakses selepas nombor pin dimasukkan.

Tanpa pin, data dalam peranti akan disulitkan membuatkan ia lebih sukar dibaca.