GADGETS
Peranti olok-olok Apple iPhone 17 tertiris

Rekaan iPhone 17 telah tertiris, menunjukkan model iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max dengan sistem trikamera dalam bonggol besar di bahagian atas peranti. -Amanz
REKAAN yang akan digunakan untuk empat model iPhone 17 tahun ini telah pun tertiris selepas acuan logam yang digunakan untuk menghasilkan kerangka tertiris pada awal Mac lalu.
Ringkasan AI
- Rekaan iPhone 17 telah tertiris, menunjukkan model iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max dengan sistem trikamera dalam bonggol besar di bahagian atas peranti.
- iPhone 17 Air adalah peranti paling nipis dengan satu kamera di belakang dalam bonggol memanjang berbentuk bujur.
- Ketiga-tiga model dijangka dilancarkan pertengahan September dengan iOS 19 yang membawa Siri dengan kecerdasan buatan.
Wujud ura-ura beberapa bulan lalu Apple akan menggunakan rekaan dwitona tetapi dikhabarkan telah dibatalkan.
Bonggol dipercayai akan menggunakan bahan kaca yang membuatkan peranti kelihatan seperti sebuah Google Pixel.
iPhone 17 Air ialah peranti yang paling nipis dengan ia hanya mempunyai satu kamera di belakang yang diletakkan dalam bonggol kamera memanjang berbentuk bujur.
iPhone 17 Air lebih mirip dengan sebuah Pixel 9 XL berbanding iPhone 16e yang baru dipasarkan tahun ini.
Akhir sekali ialah iPhone 17 yang mengekalkan rekaan bonggol kamera kecil seperti model tahun 2024.
Ketiga-tiga peranti dijangka dilancarkan pertengahan September depan dengan sistem operasi iOS 19 yang akhirnya akan membawakan Siri dengan kecerdasan buatan yang dijanjikan tahun lalu. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami