awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranti satelit Starlink akan diperluas ke seluruh negara

Bernama
Bernama
02/09/2023
21:30 MYT
Peranti satelit Starlink akan diperluas ke seluruh negara
Teo Nie Ching (tiga, kanan) melawat tapak pemasangan peranti satelit starlink di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Temun pada Sabtu. Hadir sama Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong (dua, kanan). - Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas pemasangan peranti satelit Starlink di kawasan yang mempunyai capaian Internet lemah di seluruh negara.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, MCMC telah menempah 30 peranti berspesifikasi tinggi itu dengan 10 daripadanya telah diperoleh.
Beliau berkata, empat daripadanya telah dipasang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilah; Kampung Orang Asli (KOA) Kemensah, Gombak; KOA Tonggang, Tambun di Perak dan KOA Sungai Temon, Johor Bahru.
"MCMC sedang mengenal pasti lokasi lain yang bersesuaian termasuk Sabah dan Sarawak yang memerlukan capaian Internet lebih baik.
"Kami akan bincang dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai dan memerlukan untuk kita pasang peranti ini. Semua ini belum dimuktamadkan lagi," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas melawat tapak pemasangan peranti satelit Starlink di KOA Sungai Temon di sini pada Sabtu.
Menurut Teo, pemasangan peranti tersebut diharap menjadi penyelesaian sementara bagi lokasi yang tidak mempunyai akses atau capaian Internet lemah, sementara usaha untuk menambah baik capaian Internet dapat diteruskan.
Katanya, kawasan KOA Sungai Temon mengalami gangguan frekuensi kerana berdekatan dengan Singapura, menyebabkan talian telefon mereka bersambung dengan frekuensi Singapura kerana capaian frekuensi yang lebih kuat.
"Dengan kemudahan ini, ia akan dapat menambah baik akses capaian Internet kepada penduduk khususnya dalam sektor pembelajaran anak-anak Orang Asli," katanya.
Buat masa ini, kos bagi satu unit peranti Starlink berspesifikasi tinggi bernilai RM11,613 dan peranti tersebut berperanan sebagai Wi-Fi hotspot dengan jarak liputan kira-kira 100 meter bergantung kepada tempat pemasangan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teo Nie Ching
#Starlink
#Orang Asli
#capaian frekuensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan