Perbadanan Putrajaya sedang rangka rancangan pembangunan sehingga 2050 - Zaliha

Dr Zaliha berkata, PPj pada Rabu membentangkan 16 penemuan strategik merangkumi aspek fizikal, demografi, perumahan, ekonomi, pelancongan, infrastruktur, alam sekitar dan tadbir urus bandar. - Gambar Facebook Dr Zaliha
PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang melaksanakan Kajian Rancangan Pemajuan Putrajaya, bagi membentuk strategi pembangunan Putrajaya sehingga tahun 2050, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Ringkasan AI
- Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang menjalankan Kajian Rancangan Pemajuan Putrajaya hingga tahun 2050 untuk merangka dokumen Rancangan Struktur Putrajaya 2050 (RSP50) dan Rancangan Tempatan Putrajaya (RTP) selepas tamatnya Rancangan Struktur Putrajaya 2025.
- PPj telah mengemukakan 16 penemuan strategik merangkumi pelbagai aspek seperti fizikal, demografi, perumahan, ekonomi, pelancongan, infrastruktur, alam sekitar, dan tadbir urus bandar, dengan cadangan termasuk Zon Pelaburan Pelancongan Khas (STIZ) dan pembangunan Putrajaya Urban Observatory (PUO).
- Penduduk Putrajaya dijemput memberi pandangan melalui Sesi Pendengaran Awam RSP50 selama sebulan bermula 17 Disember di Kompleks Perbadanan Putrajaya bagi memastikan pembangunan Putrajaya berpaksikan data, berorientasikan masa depan, dan selaras dengan visi Visionary Smart City.
Dr Zaliha berkata, PPj pada Rabu membentangkan 16 penemuan strategik merangkumi aspek fizikal, demografi, perumahan, ekonomi, pelancongan, infrastruktur, alam sekitar dan tadbir urus bandar.
Beliau berkata, antara cadangan yang dikemuakan termasuk keperluan merangka Zon Pelaburan Pelancongan Khas (STIZ) bagi melonjakkan pelaburan pelancongan berkualiti dan mempelbagaikan ekonomi Putrajaya.
Pembangunan satu hab data bersepadu turut dicadangkan untuk di Putrajaya Urban Observatory (PUO) bagi menangani kekangan perkongsian maklumat antara agensi dan meningkatkan keupayaan membuat keputusan berasaskan data.
Selain itu, cadangan merangkumi pengukuhan rangkaian pengangkutan awam serta peningkatan keberkesanan pengurusan sumber air dan sisa pepejal.
Dr Zaliha berkata, bagi memastikan rancangan yang lebih komprehensif, semua warga Putrajaya diundang untuk memberikan pandangan melalui Sesi Pendengaran Awam RSP50, yang akan berlangsung selama sebulan bermula 17 Dis di Kompleks Perbadanan Putrajaya.
"Suara anda semua amat penting bagi memastikan hala tuju baharu Putrajaya dapat digerakkan melalui pendekatan yang berpaksikan data, berorientasikan masa depan dan selari dengan aspirasi ke arah sebuah Visionary Smart City," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


