awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM59.2 bilion pada 2022

Bernama
Bernama
20/09/2023
21:45 MYT
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM59.2 bilion pada 2022
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2022 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan kepada RM59.2 bilion daripada RM17.5 bilion pada 2021. - Gambar GOOGLE MAP
PUTRAJAYA: Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2022 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan kepada RM59.2 bilion daripada RM17.5 bilion pada 2021, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada Rabu.
Laporan DOSM itu adalah berdasarkan Akaun Satelit Pelancongan (ASP) yang dikeluarkan hari ini dan ASP merupakan suatu kerangka statistik untuk mengukur perkembangan industri pelancongan serta sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan perbelanjaan pelancongan domestik pada 2022 menunjukkan peningkatan ketara dalam tiga komponen utama iaitu membeli-belah sebanyak 42.1 peratus, makanan dan minuman 16.4 peratus dan bahan api kenderaan (14.9 peratus).
Bagi perbelanjaan pelancongan antarabangsa, beliau dalam kenyataan hari ini berkata ia turut menunjukkan peningkatan signifikan iaitu sebanyak RM33.4 bilion berbanding RM0.5 bilion pada 2021.
"Prestasi yang memberangsangkan itu adalah susulan pembukaan semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa pada 1 April 2022, penghapusan keperluan kuarantin dan ujian saringan COVID-19 ketika tiba di Malaysia mulai 1 Ogos 2022," katanya.
Mohd Uzir berkata, perjalanan ke luar negara turut mencatatkan impak ketara dengan perbelanjaan sebanyak RM22.5 bilion pada 2022 berbanding RM10.5 bilion pada tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 114.6 peratus.
Bagi 2022, beliau berkata, industri pelancongan menyumbang 23.4 peratus kepada keseluruhan guna tenaga dengan 3.61 juta orang bekerja berbanding 3.52 juta orang pada 2021.
Dari segi sumbangan sektor pelancongan kepada KDNK, Mohd Uzir berkata, ia menyumbang 14 peratus atau RM251.5 bilion pada 2022 berbanding 12.8 peratus atau RM198.5 bilion pada tahun sebelumnya, dengan merekodkan pertumbuhan sebanyak 26.7 peratus.
Katanya, KDNK Pelancongan Langsung pada 2022 meningkat kepada RM47.9 bilion daripada RM11.6 bilion pada tahun sebelumnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#pelancongan domestik
#DoSM
#Mohd Uzir Mahidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan