awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbezaan amaun pencen veteran ATM akan dibincangkan dalam masa terdekat

Bernama
Bernama
14/07/2023
23:00 MYT
Perbezaan amaun pencen veteran ATM akan dibincangkan dalam masa terdekat
Isu itu juga dihadapi semua pesara penjawat awam daripada skim perkhidmatan yang lain. - Foto Facebook/Kementerian Pertahanan
KUALA LUMPUR: Perbezaan amaun pencen antara veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum 1 Jan 2013 dan yang bersara mulai 1 Jan 2013 akan dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dalam masa terdekat.
Dalam kenyataan pada Jumaat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan isu itu juga dihadapi semua pesara penjawat awam daripada skim perkhidmatan yang lain, justeru perincian lanjut mengenainya akan dibincang bersekali dalam mesyuarat tersebut yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.
"Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pesara perkhidmatan awam yang telah menyumbang khidmat bakti dalam arus pembangunan negara," menurut kenyataan itu.
Pada Rabu lepas, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan telah memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai 2023 hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal.
Beliau berkata perkara itu selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.
Katanya bayaran pencen bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013 dikembalikan kepada amaun Disember 2012, manakala pegawai awam yang bersara mulai 2013 bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#penjawat awam
#Mahkamah Persekutuan
#kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan