awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh kerana saksi tidak sihat

Bernama
Bernama
10/02/2021
03:49 MYT
Perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh kerana saksi tidak sihat
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) hadir untuk perbicaraan kes yang dihadapinya berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kerana saksi ke-10 pihak pendakwaan, dilaporkan tidak sihat.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan sidang pagi itu setelah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam.
"Saksi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, iaitu Mohd Hazem Abd Rahman demam dan cuti sakit. Beliau tidak dapat memberi keterangan hari ini," kata Mohamad Mustafa.
Hakim kemudian mengarahkan saksi untuk menjalani ujian swab dan menangguhkan perbicaraan pada pukul 1 tengah hari.
Mohamad Mustafa kemudian memberitahu mahkamah bahawa saksi seterusnya yang akan memberi keterangan ialah bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Tan Sri Mazidah Abdul Majid.
Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#kes 1MDB ditangguh
#Mohd Hazem Abd Rahman
#saksi tidak sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan