awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan kes hasutan ADUN Kijal ditangguhkan ke 11 Julai

Bernama
Bernama
22/04/2024
10:21 MYT
Perbicaraan kes hasutan ADUN Kijal ditangguhkan ke 11 Julai
November lalu Razali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut di Padang Astaka Chukai, Kemaman pada 10 Nov 2023. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Senator Datuk Razali Idris yang didakwa menyebut perkataan menghasut dengan menyifatkan keputusan institusi kehakiman dikawal oleh kerajaan, yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 11 Julai oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Siti Aminah Ghazali melapangkan tarikh perbicaraan berkenaan selepas peguam Hasshahari Johari Mawi yang mewakili Razali memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan telah mengemukakan surat bertarikh 3 April lepas untuk memohon penangguhan perbicaraan kes terbabit.
"Pihak kami memohon untuk mendapatkan tarikh-tarikh perbicaraan baharu iaitu pada Julai," kata peguam itu. Kehadiran Razali dikecualikan pada prosiding hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh mengesahkan perkara berkenaan.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan baharu pada 11, 12, 15 dan 16 Julai ini.
Menerusi surat dikemukakan peguam mewakili Razali kepada mahkamah yang diperoleh media, pihaknya memohon perbicaraan pada hari ini hingga Jumaat ditangguhkan berikutan Razali terlibat dengan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas yang diadakan pada 22 hingga 25 April.
Menurut peguam, Razali juga terlibat dalam sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu yang bakal diraikan selama sebulan bermula 26 April hingga 26 Mei ini dan pelbagai acara serta majlis rasmi telah diatur bersempena dengan sambutan itu yang penglibatannya adalah diwajibkan.
Pada 24 Nov tahun lepas, Razali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut itu di Padang Astaka Chukai, Kemaman antara 9.30 malam hingga 11.30 malam pada 10 Nov 2023.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes ADUN Kijal
#Razali Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan