Seorang daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al-Falah memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau ‘terkejut’ dengan kenyataan rakan kongsi Tetuan Lewis & Co, B. Muralidharan bahawa firma guaman tersebut merupakan pemegang amanah yayasan itu.
Faisalludin Mohamat Yusuff, 43, berkata kenyataan yang dikeluarkan Muralidharan semasa memberi keterangan di mahkamah yang dibacanya di media sosial adalah tidak benar.
"Kami (Yayasan Al-Falah) tidak pernah melantik Lewis & Co atau Muralidharan sebagai peguam atau pemegang amanah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada hari ke- 37 perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri itu yang berdepan pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi.
Saksi pendakwaan ke-66 itu hari ini dipanggil semula untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu berikutan pindaan dibuat terhadap 14 pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid.
Pada 10 Ogos lepas, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan pindaan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan pindaan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Faisalludin yang juga seorang peguam berkata adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee dilantik sebagai pengerusi yayasan dan ahli lembaga pemegang amanah manakala beliau dan Mohd Farid Abdullah juga ahli lembaga pemegang amanah.
Ditanya Ahmad Zaidi, adakah mana-mana ahli lembaga pemegang amanah melantik Muralidharan daripada Lewis & Co sebagai pemegang amanah yayasan itu pada bila-bila masa, Faisalludin menjawab "tidak pernah".
Ahmad Zaidi: Adakah Muralidharan dan Lewis & Co pernah menguruskan Yayasan Al-Falah.
Faisalludin: Tidak pernah, saya pertama kali jumpa Muralidharan di bilik saksi mahkamah tadi.
Saksi itu juga bersetuju dengan Ahmad Zaidi bahawa beliau dan dua ahli lembaga pemegang amanah yayasan berkenaan tidak pernah memberi arahan kepada Muralidharan untuk mengeluarkan sebarang cek untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap pelanggan Lewis & Co.
Ahmad Zaidi: Pernah tak Encik Faisalluddin atau dua ahli lembaga pemegang amanah lain memberi apa-apa arahan kepada Muralidharan untuk mengeluarkan cek bagi kepada individu, syarikat, bank dan sebagainya.
Faisalludin: Tidak pernah.
Semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt adakah setiap sumbangan yang diterima Yayasan Al-Falah perlu mendapat kelulusan ahli lembaga pemegang amanah, saksi itu menjawab, “ya”.
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 24 2020
Pada 10 Ogos lepas, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan pindaan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan pindaan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri
Ini bukan kali pertama perbicaraan bekas timbalan perdana menteri tersebut membabitkan dana Yayasan Akalbudi terpaksa ditangguhkan atas sebab sama.
Perbicaraan kes Zahid Hamidi: Saksi 'terkejut' Lewis & Co pemegang amanah Yayasan Al-Falah
Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada hari ke- 37 perbicaraan.
Lewis & Co bukan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Zahid - Saksi
Firma guaman itu juga dikatakan tidak pernah menguruskan fail dan buku lejar berkaitan Yayasan Akalbudi.