awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbincangan kadar borong internet dimuktamad minggu depan - Fahmi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/09/2023
06:44 MYT
Perbincangan kadar borong internet dimuktamad minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, perbincangan mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan pelbagai aspek, namun jangka ia akan dimuktamadkan minggu depan. - Bernama
PUTRAJAYA: Kadar harga bagi perkhidmatan jalur lebar dijangka turun tidak lama lagi selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuktamadkan perbincangannya dengan penyedia perkhidmatan jalur lebar untuk kadar borong.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan pelbagai aspek, namun menjangkakan ia akan dimuktamadkan minggu depan.
"Saya difahamkan SKMM dalam fasa terakhir dengan syarikat penyedia perkhidmatan borong bagi internet jalur lebar pembekal perkhidmatan jalur lebar borong.
"Saya minta perbincangan ini dimuktamadkan minggu depan, sebelum berakhir bulan September dan ia akan diikuti dengan majlis tandatangan penyedia perkhidmatan internet jalur lebar peringkat borong.
"Saya percaya harga internet jalur lebar akan berkurangan dengan signifikan," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital di Putrajaya, pada Khamis.
Julai lalu, media melaporkan harga internet dijangka turun pada September sebaik sahaja Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) dilaksanakan.
Fahmi juga memaklumkan kerajaan berjaya menangani inflasi, khususnya dalam sektor telekomunikasi.
Memetik data terkini daripada laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), beliau berkata inflasi semasa dalam telekomunikasi adalah pada kadar -3.7 peratus.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#SKMM
#Internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan