awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Percayalah pada Daim, Zeti, Hassan dan Jomo' - Robert Kuok

Luqman Hariz
Luqman Hariz
22/05/2018
10:30 MYT
'Percayalah pada Daim, Zeti, Hassan dan Jomo' - Robert Kuok
Tokoh perniagaan Robert Kuok (dua, kanan) bersama bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz (dua, kiri), bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Hassan Merican (kanan) dan pakar ekonomi Prof Dr Jomo. - fotoBERNAMA
Ahli perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Robert Kuok enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan pertama yang dihadirinya hari ini.
Sebaliknya, beliau menggesa rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan kepada majlis tersebut untuk menentukan polisi dan hala tuju Malaysia.
“Tun Daim, Tan Sri Zeti, Tan Sri Hassan Marican, Profesor Jomo, semua ini individu baik.
“Percaya mereka, percayalah mereka,” katanya sewaktu ditemui wartawan sebelum beliau meninggalkan Menara Ilham kira-kira jam 4.30 petang di sini hari ini.
un Daim, Tan Sri Zeti, Tan Sri Hassan Marican, Prof Jomo, semua individu baik. Percaya mereka, percayalah mereka,kata Robert Kuok tanpa menjawab soalan lain. Ikuti penjelasan lanjut saya secara langsung dari sini di Buletin @501Awani jam 5.00 petang nanti #MalaysiaBaharu pic.twitter.com/HYmauB6lFW
— Luqman Hariz AWANI (@luqmanhriz) May 22, 2018=
Ketika ditanya, Kuok yang berpengkalan di Hong Kong, tidak mendedahkan sama ada beliau akan terus menghadiri mesyuarat majlis akan datang atau akan pulang serta-merta.
“Kesemua kami hanya mahukan yang terbaik untuk negara. Kami harap rakyat akan terus dijaga dengan baik,” tambah Kuok.
Pelantikan ahli perniagaan berusia 94 tahun itu dialu-dialukan oleh komuniti perniagaan Malaysia, yang berpendapat pelantikan beliau meningkatkan keyakinan komuniti pelabur antarabangsa terhadap Majlis itu.
Kuok dilantik untuk menyertai panel lima ahli Majlis Penasihat Kerajaan kepada pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri ketujuh.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Hong Kong
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#rakyat Malaysia
#Robert Kuok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan