awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
Mahir menyanyi lagu Hindi, PM Anwar kini 'viral' di India, kata Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percepatkan suntikan vaksin kepada pekerja sektor perbankan - NUBE

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2021
05:55 MYT
Percepatkan suntikan vaksin kepada pekerja sektor perbankan - NUBE
J Solomon berharap pekerja-pekerja perbankan akan diberikan keutamaan dan proses vaksinasi akan dipercepatkan. - FOTO/http://www.mtuc.org.my
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempercepatkan suntikan vaksin melibatkan pekerja-pekerja sektor perbankan kerana mereka merupakan antara kumpulan barisan hadapan yang terdedah kepada risiko jangkitan dan penularan COVID-19.
Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, pihaknya terus menerima laporan peningkatan kes dan kebimbangan ahli-ahli mengenai perkara berkenaan.
Jelasnya, adalah perlu pekerja-pekerja sektor perbankan, terutama mereka yang berada di bahagian hadapan perkhidmatan perbankan, diberikan keutamaan segera dalam program vaksinasi.
Ia juga seiring dengan penguatkuasaan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur selama 14 hari, di samping pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 29 Julai 2021 lalu.
Tegasnya, NUBE juga terkilan kerana sehingga kini, pekerja-pekerja perkhidmatan perbankan belum disenaraikan sebagai kumpulan sasaran barisan hadapan dalam mendapatkan suntikan vaksin meskipun beberapa permohonan telah dikemukakan sejak Mac lalu.
Ujarnya, Persatuan Bank-bank Komersial Malaysia (MCBA) juga telah menulis surat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada pertengahan bulan Mac lalu.
J Solomon turut berharap, pekerja-pekerja perbankan akan diberikan keutamaan dan proses vaksinasi akan dipercepatkan supaya boleh bersama memainkan peranan yang kritikal dalam meningkatkan kadar kawalan terhadap penularan COVID-19.
Tegasnya, negara memerlukan langkah holistik pelbagai sudut dalam memerangi penularan COVID-19.
Selain pematuhan kendiri dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk PKPD dan PPN jelasnya, pemberian vaksin secara menyeluruh dalam kadar yang cepat amatlah penting bagi mengawal COVID-19.
Katanya, NUBE sentiasa bersedia untuk membantu memobilisasikan pekerja-pekerja sektor perbankan, termasuk ahli-ahli NUBE untuk menjayakan sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Topic Berkaitan
#PKPD
#COVID-19
#vaksin
#PICK
#suntikan
#bank
#NUBE
#sektor perbankan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan