awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri dianugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Qatar

Bernama
Bernama
13/12/2019
16:35 MYT
Perdana Menteri dianugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Qatar
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Falsafah daripada Presiden Universiti Qatar, Dr Hassan Al Derham. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Qatar sebagai pengiktirafan kepada sumbangan besar beliau dalam bidang akademik, di samping karier politik, sehingga memimpn negara kearah kesejahteraan, Jumaat.
Dr Mahathir yang dalam lawatan rasmi empat hari ke Qatar berakhir esok, menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Falsafah itu daripada Presiden Universiti Qatar, Dr Hassan Al Derham dalam satu majlis di dewan Ibn Khaldoon di universiti berkenaan, di sini.
Turut hadir di majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Dalam ucapan beliau di majlis itu, Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Universiti Qatar atas anugerah berkenaan, dan ia merupakan penghormatan yang besar bukan sahaja bagi dirinya, tapi juga bagi isterinya, kerajaan dan juga seluruh rakyat Malaysia.
"Saya benar-benar menghargai pengiktirafan ini. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk terus menyumbang kearah mengukuhkan hubungan Malaysia-Qatar," katanya.
Perdana menteri berkata beliau berharap untuk melihat lebih banyak kerjasama dan kolaborasi antara Universiti Qatar dan universiri-universiti di Malaysia.
Saya merasa amat berbesar hati. Anugerah yang disampaikan Universiti Qatar ini akan terus dikenang sebagai simbol hubungan akrab antara dua negara," tambahnya.
Dr Mahathir turut menekankan bahawa Malaysia dan Qatar akan terus mengekalkan hubungan mesra yang telah terjalin dan berusaha kearah meningkatkan hubungan itu di masa akan datang.
"Malaysia dan Qatar berkongsi kepercayaan dan komitmen bersama mengenai pendidikan. Malaysia percaya mencari ilmu adalah proses sepanjang hayat dan menjadi hak setiap individu untuk mendapat akses kepada pendidikan. Oleh itu saya berbangga mendapat peluang untuk bersemuka dengan pelajar-pelajar univesiti ini," katanya.
"Pendidikan meningkatkan keupayaan seseorang dan boleh menjadi satu penentu penting dalam meningkatkan status sosio-ekonomi seseorang. Saya percaya universiti-universiti memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang-peluang dan sokongan kepada para pelajar untuk meneroka ilmu pengetahuan baharu dan merealisasikan potensi mereka," tambahnya.
Ini merupakan anugerah Kedoktoran kehormat kedua yang dianugerahkan oleh Universiti Qatar, selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menerimanya pada bulan Disember 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Hassan Al Derham
#Ijazah Doktor Kehormat
#Ijazah Kedoktoran Kehormat
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Presiden Universiti Qatar
#Universiti Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan