awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri hadiri majlis persandingan anak Datuk Seri Ahmad Said

Bernama
Bernama
17/05/2014
06:29 MYT
Perdana Menteri hadiri majlis persandingan anak Datuk Seri Ahmad Said
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menepung tawar pengantin sewaktu menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu itu. -- fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis persandingan anak bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di kediamannya di Teluk Kalong di sini hari ini.
Turut memeriahkan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Majlis itu diadakan untuk meraikan perkahwinan anak perempuan Ahmad, Nor Ashahirah, 27, dengan pasangannya Mohd Syahirpaul Redzuan Musa, 28, yang selamat diijabkabul pada 9 Mei lepas.
Lebih 10,000 tetamu termasuk para kenamaan hadir ke majlis persandingan tersebut yang bermula pada jam 10 pagi.
Khamis lepas, perdana menteri menyatakan hasrat beliau untuk hadir ke majlis persandingan anak kedua Ahmad sebelum berlepas ke Emiriah Arab Bersatu untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#Najib Razak
#perkahwinan
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan