awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri ingatkan semua pihak waspada ketidaktentuan cuaca

Bernama
Bernama
23/12/2021
15:23 MYT
Perdana Menteri ingatkan semua pihak waspada ketidaktentuan cuaca
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua pihak supaya berwaspada dengan ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua pihak supaya berwaspada dengan ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini.
Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun pada 27 hingga 29 Disember ini dengan hujan berterusan dijangka di timur Sabah dan barat Sarawak.
Justeru, Perdana Menteri berkata beliau mengerahkan semua agensi bertanggungjawab supaya sentiasa bersedia dan berwaspada sekiranya menghadapi gelombang kedua, termasuk pasukan keselamatan diletakkan secara strategik di kawasan berisiko tinggi.
"Orang ramai diminta berjaga-jaga kerana angin kencang dan laut bergelora turut diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26 Dis-29 Dis," katanya.
Ismail Sabri turut meminta semua pihak bersedia menghadapi sebarang dugaan dan mengambil iktibar daripada pengalaman sebelum ini.
Sementara itu, dalam catatan berasingan di Facebook, Perdana Menteri menzahirkan rasa terharu dengan pengorbanan pasukan keselamatan sepanjang bertugas melaksanakan operasi bantuan banjir.
"Ketika mereka bertarung nyawa menyelamatkan mangsa, ada sebahagian anggota keselamatan turut kehilangan rumah dan harta benda, malah tidak tahu ke mana ahli keluarga mereka dipindahkan akibat bencana.
Mereka sanggup berkorban dan mengetepikan kepentingan diri demi keselamatan negara dan Keluarga Malaysia. Terima kasih frontliners (barisan hadapan), terima kasih semua!," menurut catatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketidaktentuan cuaca
#banjir
#bencana banjir
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan