awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pereka dalaman dibunuh, 20 tikaman ditemui di tubuh - Polis

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/09/2024
11:37 MYT
Pereka dalaman dibunuh, 20 tikaman ditemui di tubuh - Polis
Shahrulnizam berkata pihaknya menerima laporan berkait kejadian itu pada pukul 1 pagi tadi daripada jiran mangsa. - Gambar Hiasan
PETALING JAYA: Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya di sini pada awal pagi Isnin.

Ringkasan AI
  • Penemuan Mayat: Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya.
  • Siasatan Polis: Polis menerima laporan daripada jiran mangsa dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan tikaman. Kes disyaki berpunca daripada pecah rumah yang bertukar menjadi samun.
  • Maklumat Kejadian: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil membantu siasatan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, berkata pihaknya menerima satu laporan berkait kejadian itu pada pukul 1 pagi daripada seorang orang awam yang juga jiran mangsa.
Jelas beliau, pengadu menghubungi pihak polis selepas mendengar suara pengaduhan antara mangsa dengan seorang individu sekitar jam 11 malam (Ahad).
"Jiran mangsa tidak melihat jirannya (mangsa) keluar dari rumah selepas kejadian.
"Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah menghala ke sebuah apartmen, Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara bagi menjalankan siasatan awal.
'Hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menemukan seorang lelaki warga tempatan berumur 36 tahun meninggal dunia disyaki akibat daripada kecederaan tikaman dan disyaki dibunuh oleh seseorang yang belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Shahrulnizam menambah hasil pemeriksaan awal, pihaknya menganggarkan terdapat kira-kira 20 kesan tikaman di beberapa bahagian tubuh mangsa dengan lima kesan tikaman ditemukan pada sebelah kiri rusuk.
"Enam lagi tikaman ditemui pada bahagian kepala dan sembilan tikaman pada kedua-dua pergelangan tangan," katanya.
Beliau berkata mangsa tinggal berseorangan di rumah berkenaan yang baharu dibelinya pada tahun lalu.
Ujar Shahrulnizam lagi, pihaknya tidak menolak kemungkinan kes berkenaan berpunca daripada pecah rumah sebelum bertukar kepada kejadian samun sehingga menyebabkan kematian.
"Barangan mangsa seperti beg duit dan telefon bimbit disyaki telah dicuri.
"Kita juga percaya suspek dalam kes ini tercedera semasa bergelut dengan mangsa," tambah beliau.
Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian untuk tampil membantu siasatan polis.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#Pereka dalaman dibunuh kejam
#20 tikaman
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan