awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergaduhan dua kumpulan, 12 individu diberkas polis

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2021
21:28 MYT
Pergaduhan dua kumpulan, 12 individu diberkas polis
Tular dua rakaman video yang menunjukkan orang ramai berhimpun melihat pergaduhan antara beberapa individu berhampiran sebuah hotel dan pusat hiburan di Lebuh Farquhar. - Foto ihsan pembaca
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan 12 lelaki yang dipercayai terlibat pergaduhan membabitkan dua kumpulan dalam insiden rusuhan di Lebuh Farquhar, di sini, Khamis lalu.
Kesemua suspek berusia 20 hingga 39 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan sejak hari kejadian sehingga semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V Saravanan berkata, kejadian dilaporkan pada jam 11.30 malam, dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut antara ahli kumpulan terbabit.
Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berjaya menahan tiga lelaki di lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
Lima suspek kemudian ditahan pada jam 3 pagi Sabtu sebelum empat lelaki lagi ditahan pada jam 8 malam tadi di pusat bandar.
Saravanan berkata, siasatan mendapati, pertengkaran terjadi antara dua kumpulan berkenaan selepas mengambil minuman keras dan kemudiannya merusuh menggunakan botol minuman itu.
“Akibat pergaduhan tersebut, lima lelaki mengalami kecederaan ringan pada kepala dan badan. Mereka antara yang ditahan polis.
"Tiada senjata ditemui di tempat kejadian dan tiada kerosakan dikenal pasti ke atas harta benda persendirian mahupun milik kerajaan.
"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka bebas pengaruh dadah dan setakat ini tiada laporan polis diterima daripada orang awam berhubung insiden tersebut," katanya.
Saravanan berkata, semakan mendapati, tiga daripada suspek yang ditahan itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah
Kesemua suspek direman sehingga esok (Isnin) dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Terdahulu tular dua rakaman video berdurasi satu minit 36 saat yang menunjukkan orang ramai berhimpun melihat pergaduhan antara beberapa individu berhampiran sebuah hotel dan pusat hiburan di Lebuh Farquhar.
Berdasarkan rakaman itu, beberapa lelaki dilihat bergaduh sesama mereka sehingga ke jalan raya.
Topic Berkaitan
#V Saravanan
#pergaduhan
#Lebuh Farquhar
#rusuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan