awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergaduhan tular di Kuala Ibai, 8 lelaki dihadap ke mahkamah

Bernama
Bernama
02/08/2022
09:00 MYT
Pergaduhan tular di Kuala Ibai, 8 lelaki dihadap ke mahkamah
Kesemua tertuduh didakwa secara bersama melakukan gaduh gempar di hadapan sebuah restoran di Kuala Ibai pada 8.15 malam, 28 Julai lepas. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Lima lelaki mengaku bersalah, manakala tiga lagi minta dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan terlibat dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah kedai makan di Kuala Ibai dekat sini, minggu lepas.
Tertuduh, Lee Soon Li, 24; Muhammad Adam Mikhail, 27; S. Peter Gumbang, 25; Harith Iskandar Rosdi, 26; dan Sia Wei Jun, 23, mengaku bersalah manakala tiga lagi yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan pula ialah Nurul Shahrizal Mohd, 41; Mohd Kazman Ishak, 36 dan Mohd Saddam Ishak, 31.
Kesemua tertuduh didakwa secara bersama melakukan gaduh gempar di hadapan sebuah restoran di Kuala Ibai pada 8.15 malam, 28 Julai lepas.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan dibacakan kepada semua mereka di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.
Majistret membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,800 seorang dan menetapkan tarikh 4 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Mohd Ridhuan Mohina Din.
Sebelum ini tular di media sosial satu klip video berdurasi 23 saat yang memaparkan pergaduhan di restoran berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergaduhan di kuala ibai
#kes tular
#gaduh depan restoran
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan