awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergerakan keluar Sarawak tidak perlu kebenaran polis - JBPN

Bernama
Bernama
02/08/2020
08:19 MYT
Pergerakan keluar Sarawak tidak perlu kebenaran polis - JBPN
Kawalan pergerakan hanya melibatkan pergerakan antara Zon Satu (zon kuning/merah COVID-19) dan Zon Dua (zon hijau COVID-19) sahaja. Kuching termasuk dalam Zon Satu. - Bernama
Pergerakan keluar dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan tidak memerlukan kebenaran pihak polis, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan JPBN itu, kawalan pergerakan hanya melibatkan pergerakan antara Zon Satu (zon kuning/merah COVID-19) dan Zon Dua (zon hijau COVID-19) sahaja.
"Kawalan pergerakan di negeri Sarawak dibahagikan kepada dua zon iaitu Zon Satu meliputi Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian. Manakala Zon Dua meliputi Bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang," katanya.
JPBN menyatakan mana-mana pergerakan dari Zon Satu ke Zon Dua dan sebaliknya, hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada balai polis yang berdekatan sebelum memulakan pergerakan.
Sarawak hari ini tidak merekodkan sebarang kes positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak kekal sebanyak 678.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#JBPN
#Labuan
#pergerakan keluar
#Sabah
#Sarawak
#Semenanjung Malaysia
#zon merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan