awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergerakan tanah masih dikesan di Cameron Highlands, jalan Simpang Pulai

Aida Aziz
Aida Aziz
23/11/2021
11:56 MYT
Pergerakan tanah masih dikesan di Cameron Highlands, jalan Simpang Pulai
Polis, bomba dan JKR melakukan pemantauan dan mengawal lalu lintas di kawasan yang terjejas. - Gambar/ Astro AWANI
CAMERON HIGHLANDS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan beberapa kejadian pergerakan tanah baharu hari ini, di jalan Simpang Pulai menuju ke Cameron Highlands selain di Tanah Rata.
Ia hasil pemantauan berterusan pasukan itu susulan insiden tanah runtuh dan pokok tumbang petang semalam, yang menyebabkan Jalan Tapah-Cameron Highlands ditutup sepenuhnya.
Ketua Zon 3 JBPM Pahang, Shahrul Nizam Nasir, berkata pihaknya menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara menyeluruh bagi mengelakkan sebarang risiko.
"Insiden pokok tumbang masih berlaku di sekitar kawasan Tanah Rata dan Simpang Pulai iaitu di Jalan Tengkolok, serta pokok tumbang di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang berlaku pagi tadi," katanya di sini, hari ini.
[TERKINI] Tanah runtuh selepas hujan lebat dua jam
BACA: Jalan Tapah - Cameron Highlands ditutup kepada pengguna jalan raya
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Mohd Shamsuri Mohd Nor, berkata pihaknya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) turut melakukan pemantauan dan mengawal lalu lintas di kawasan yang terjejas.
"Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk berkaitan keselamatan atau kerosakan harta benda akibat kejadian semalam," katanya.
Beliau turut menasihatkan pengunjung yang bercuti ke Cameron Highlands supaya sentiasa berhati-hati susulan musim hujan ketika ini.
Dalam pada itu, tinjauan mendapati Cameron Highlands masih dikunjungi orang ramai, malah berlaku kesesakan di jalan Simpang Pulai menuju ke kawasan peranginan tanah tinggi berkenaan.
Difahamkan, musim tengkujuh yang berlaku ketika ini tidak mendatangkan banyak impak kepada aktiviti pelancongan di destinasi pelancongan terkenal itu.
Terdahulu, Jalan Tapah- Cameron Highlands dilaporkan ditutup sepenuhnya bermula hari ini, bagi kerja-kerja pembersihan susulan kejadian tanah runtuh semalam.
Penutupan jalan itu dibuat oleh pihak polis dan JKR kerana dikhuatiri membahayakan pengguna jalan raya.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#tanah runtuh
#simpang pulai
#Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan