Gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri dari kerjasama antara parti politik PAS ,DAP dan PKR perlu kembali menghayati semangat kebersamaan dan musyawarah seperti yang telah dipersetujui di awal pembentukannya.
Timbalan Ketua Angkatan Pemuda KEADILAN, Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan berkata, kerjasama politik atau tahaluf siyasi haruslah juga berlandaskan di atas nilai kebersamaan dan kepercayaan.
Ia bagi memperjuangkan prinsip keadilan dan kebebasan di Malaysia dalam kerangka yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Beliau merujuk kepada pandangan serta kritikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan beliau di Muktamar PAS pada Sabtu.
Menurutnya sewajarnya semangat dan matlamat itu digarap dan dihidupkan semula demi memulihkan kembali hubungan dua hala yang kini kelihatan keruh di antara parti PAS, DAP dan KEADILAN.
Afif memberi contoh beberapa isu yang berbangkit sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 termasuk masalah pertindihan kerusi di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, Kajang Move, hudud dan krisis pelantikan Menteri Besar Selangor telah mengakibatkan perbezaan pendirian di antara parti-parti.
Ia katanya telah bertukar menjadi krisis dan pergeseran terbuka sesama pemimpin. Ini seterusnya mengundang tafsiran serong di mata rakyat serta menjejaskan reputasi para pimpinan Pakatan Rakyat ke tahap yang cukup membimbangkan.
Justeru, beliau meminta Pakatan Rakyat agar segera mencari titik persamaan dengan kembali ke meja rundingan dan mengangkat semangat muafakat sebagai teras untuk mengukuhkan semula kerjasama mereka.
“PAS, DAP dan KEADILAN perlu bersatu dan kembali kepada mauduk asal Pakatan Rakyat iaitu untuk menegakkan keadilan dan kebebasan demi membentuk sebuah negara Malaysia yang gagah,
“Pakatan Rakyat juga perlu memulakan inisiatif baru dengan mengalu-alukan penglibatan parti-parti politik lain di seluruh negara termasuk parti-parti dari Borneo untuk berganding bahu untuk berhadapan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan dating,” katanya lagi.
Hadi pada Sabtu mendakwa ada pihak yang menjadi 'broker' dan 'barua' yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) partinya di Selangor.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau berkata ada pihak yang memujuk ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Astro Awani
Mon Sep 22 2014
AFIF: kerjasama politik atau Tahaluf siyasi haruslah juga berlandaskan di atas nilai kebersamaan dan kepercayaan. - Gambar Fail
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
PRN: Sokongan meningkat, PN Selangor yakin rampas Selangor
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor yakin dapat menakluk negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
RN: PN Selangor adakan Konvensyen Pilihan Raya sejurus pembubaran DUN - Afif
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor akan melancarkan Jentera Pilihan Raya PN Peringkat Negeri pada 24 Jun ini.
Pengurusan kes rayuan kes bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti Pulau Pinang pada 5 Mei
5 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes rayuan empat bekas ADUN Pulau Pinang yang gagal dalam saman mereka bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh DUN bagi mereka mengosongkan kerusi mereka.
Anwar PM ke-10: Pembentukan kabinet, Bajet 2023 jadi kayu ukur
Aspek tersebut akan menjadi cabaran kepada kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar terutamanya dalam menentukan hala tuju negara.
Empat ADUN masih boleh bertugas - Chow Kon Yeow
Selagi Mahkamah Tinggi (Pulau Pinang) tidak membuat keputusan, mereka masih boleh menjalankan tugas sebagai ADUN seperti biasa.
PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.
Afif akui ada desakan lepas jawatan Exco Pulau Pinang
Keputusan melepaskan jawatan tersebut yang dipegang sejak tujuh tahun lalu diambil selepas perbincangan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Rabu.
Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang
Exco Pulau Pinang , Dr Afif Bahardin meletakkan jawatan sebagai Exco Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.
Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas
Beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.
Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Selain itu, pihak keselamatan turut cuba menghalang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari memasuki kawasan berkenaan, menyebabkan berlakunya pertembungan.