awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/12/2019
01:36 MYT
Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Huru-hara seketika Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan 2019 pagi ini. Twitter Firdaus Azil
Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 pagi ini dicemari dengan insiden pergaduhan apabila pihak keselamatan cuba menghalang bekas Pengerusi Tetap AMK Mizan Adli Md Noor dari memasuki tempat persidangan.
Selain itu, pihak keselamatan turut cuba menghalang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari memasuki kawasan berkenaan, menyebabkan berlakunya pertembungan dengan penyokong individu berkenaan.
Ketika insiden itu berlaku, wakil Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin sedang mengumumkan pelantikan baharu bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap ekoran Mizan dan Mohd Ramly Ahmad telah dilucutkan dari jawatan berkenaan.
[Video] Huru-hara seketika Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan 2019. Setakat ini tiada kerusi berterbangan dan keadaan sudah kembali terkawal. #KongresPKR2019 @501Awani pic.twitter.com/2vkeQShvLA
— Initial: FA (@FirdausAzil) December 6, 2019
Sebelum ini Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang mendakwa kedua-dua mereka disingkirkan dari jawatan masing-masing kerana usia melebihi 35 tahun.
BACA: Isu AMK: Mizan dan Ramly disingkir kerana lebih umur - Akmal
BACA: Mizan Adli kekal sah Pengerusi Tetap AMK - Muhammad Hilman
BACA: Pemecatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap AMK tidak jejas PKR - Fahmi
Ahli Parlimen Johor Bahru dilaporkan berkata, ia sejajar perlembagaan parti yang menetapkan anggota sayap itu yang berumur di bawah 35 tahun.
Selepas keadaan kembali reda, Shamsul Iskandar, yang merupakan bekas ketua pemuda AMK, mengumumkan pelantikan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Melaka, Rashid Abu Bakar, sebagai Pengerusi Tetap baharu.
Selain itu, Setiausaha AMK Negeri Kedah, Wan Mohamad Syahezral Wan Shahidan, pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Tetap bagi sesi ini.
Topic Berkaitan
#Afif Bahardin
#AMK
#dihalang masuk
#dilucutkan jawatan
#Exco Pulau Pinang
#huru-hara
#kekecohan
#kongres amk
#Mizan Adli Md Noor
#pelantikan baharu
#pemuda
#Pemuda PKR
#Pengerusi Tetap
#penyokong
#pergaduhan
#Shamsul Iskandar Md Akin
#Timbalan Pengerusi Tetap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan