awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/03/2020
05:07 MYT
Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang
Afif telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pagi tadi. - Gambar fail
Exco Pulau Pinang , Dr Afif Bahardin meletakkan jawatan sebagai Exco Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Afif telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada beliau dalam pertemuan pagi tadi.
Kon Yeow berkata, Afif bagaimanapun, akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya.
Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri dalam sidang media di pejabatnya di Komtar, di sini sebentar tadi.
Dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, Afif memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar.
Sebelum ini, Afif dilaporkan akan membuat pengumuman khas berhubung karier dan masa depan politiknya pada petang Rabu.
Sidang media yang bertajuk Solidariti Bersama Dr Afif Bahardin itu akan diadakan di kediamannya di Taman Pauh Jaya, Seberang Jaya pada jam 3.30 petang ini.
Jemputan sidang media khas itu dibuat pembantu khasnya melalui kumpulan Whatsapp Team Media Keadilan PP pada jam 12.10 tengah hari tadi.
Pada Selasa, Afif yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) memaklumkan, beliau akan kekal dalam parti dan menunggu keputusan kepimpinan PKR pusat untuk menentukan kedudukannya di dalam parti itu.
Afif merupakan antara penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang pada minggu lalu yang terlibat dalam gerakan penubuhan kerajaan baharu.
Dikenali sekarang sebagai Langkah Sheraton, Azmin bersama 10 Ahli Parlimen lain meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu, BN dan PAS menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional.
Topic Berkaitan
#Afif Bahardin
#Chow Kon Yeow
#Exco Pulau Pinang
#Ketua Menteri
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan