awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perginya 'Monte Zain' menghadap Ilahi - Anak Kedah luar biasa

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2022
08:22 MYT
Perginya 'Monte Zain' menghadap Ilahi - Anak Kedah luar biasa
Anak kelahiran Kedah yang juga penulis buku Out of Malaya berusia 98 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di Los Angeles. - Astro AWANI
LOS ANGELES: Veteran Perang Korea dan Vietnam yang juga Pegawai Waran Tentera Amerika 1966, Mohamed Zain Tajuddin atau lebih terkenal dengan gelaran ‘Monte Zain’ meninggal dunia semalam.
Anak kelahiran Kedah yang juga penulis buku ‘Out of Malaya’ berusia 98 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Berdasarkan maklumat yang diterima daripada ahli keluarga, Allahyarham sebelum ini menjalani rawatan akibat sakit tua.
‘Monte Zain’ merupakan anak kelahiran Alor Setar itu berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1947 dan melalui sejarah panjang dalam membina kehidupan di New York dan Los Angeles.

Zain asalnya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Alor Setar dan pada usia 20 tahun, beliau mengambil keputusan yang disifatkan oleh ahli keluarga sebagai ‘luar biasa’- untuk berhijrah ke ‘dunia baharu’ di New York. 

Beliau memilih untuk meninggalkan negeri Kedah dan berusaha untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon Hollywood.
Anak kelahiran Kedah yang juga penulis buku ‘Out of Malaya’ berusia 98 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di Los Angeles. - Foto Astro AWANI
Anak kelahiran Kedah yang juga penulis buku ‘Out of Malaya’ berusia 98 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di Los Angeles. - Astro AWANI
Sebelum berlabuh di New York, beliau mengorak langkah pertamanya dengan menjadi seorang kelasi kapal bagi membolehkan impian untuk ‘menawan dunia’ di negara Uncle Sam itu dapat menjadi kenyataan.

 Di sebalik perit jerih membina kehidupan di perantauan, beliau menyulam azam untuk membantu dan menyalurkan wang kepada rakan-rakan di Kedah yang berjuang menentang penjajahan British melalui platform parti politik ‘SABERKAS’. Beliau turut menggesa rakan-rakan SABERKAS menimba ilmu pengetahuan di Amerika sebelum pulang semula menumpahkan bakti dan tenaga untuk memerdekakan Tanah Melayu.
Perang Korea mendorong Zain memadam impian untuk menjadi pelakon Hollywood dan beliau terpilih untuk menyertai tentera Amerika. - Astro AWANI
Perang Korea mendorong Zain memadam impian untuk menjadi pelakon Hollywood dan beliau terpilih untuk menyertai tentera Amerika. - Astro AWANI
Walau bagaimanapun, Perang Korea mendorong Zain memadam impian untuk menjadi pelakon Hollywood dan beliau terpilih untuk menyertai tentera Amerika.
Kemahirannya berbahasa Inggeris dan bakat kepimpinan yang ada membolehkan beliau terpilih untuk dilatih di bawah Kor Risikan Tentera ketika berkhidmat di Korea.
Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Semboyan tentera Amerika dan ditempatkan di Jerman sebelum dilantik sebagai Penasihat Ketenteraan di Kedutaan Besar Amerika di Bangkok sebelum bersara untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan perkapalan di Hong Kong selama dua tahun.
‘Monte Zain’ merupakan anak kelahiran Alor Setar itu berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1947. - Astro AWANI
‘Monte Zain’ merupakan anak kelahiran Alor Setar itu berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1947. - Astro AWANI
Perjalanan hidup yang penuh rencam dan sarat dengan pelbagai kisah suka dan duka ini dimuatkan di dalam bukunya berjudul ‘Out of Malaya’ yang diterbitkan pada tahun 1996.
Zain mendirikan rumahtangga semasa berkhidmat di bawah tentera marin Amerika berpangkalan di Okinawa, Jepun. Allahyarham mengahwini Miyoko @ Mariam Abdullah pada tahun 1955 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Ketika usia beliau sekitar 60-an, beliau melanjutkan pelajaran di University of Southern California (USC) dan mempelajari bidang penulisan serta seni penulisan perfileman.
Beliau juga telah menulis beberapa episod ‘Walker Texas Ranger’ selain daripada terlibat sebagai ahli dalam The American Screen's Writers Associations.
Topic Berkaitan
#Monte Zain
#Mohamed Zain Tajuddin
#meninggal dunia
#Out of Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan