awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhebat usaha penyatuan rakyat selaras konsep Malaysia Madani

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/02/2023
08:00 MYT
Perhebat usaha penyatuan rakyat selaras konsep Malaysia Madani
Tambah Mohd Na'im, program jamuan itu sendiri merupakan salah satu usaha cara sokongan terhadap konsep Malaysia Madani terutama dalam menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Semua agensi dan jabatan agama di negara ini menyokong penuh usaha gagasan Malaysia Madani seperti yang dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ini akan dibuktikan dengan memperhebat lagi pelbagai usaha bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Kita di agensi agama termasuk di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh gagasan ini dan akan perhebatkan lagi program ke arah penyatuan serta perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
"Kita akan perhebatkan usaha dan program untuk memupuk semangat kesatuan, perpaduan serta kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis Jamuan Muhibah Tahun Baharu Cina anjuran YADIM di Pusat Belia Antarabangsa, hari ini.
Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Tambah Mohd Na'im, program jamuan itu sendiri merupakan salah satu usaha cara sokongan terhadap konsep Malaysia Madani terutama dalam menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.
Dalam program tersebut, lebih 300 keluarga, termasuk 100 keluarga mualaf, di sekitar Bandar Tun Razak menerima sumbangan barangan keperluan dapur daripada YADIM.
YADIM turut mengadakan Jualan Rahmah yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan potongan harga sehingga 50 peratus untuk penduduk kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Mohd Na'im Mokhtar
#Tahun Baharu Cina
#Malaysia Madani
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan