awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan nafi lampu LED tidak berkesan usir gajah liar

Salim Aziz
Salim Aziz
18/03/2018
07:22 MYT
Perhilitan nafi lampu LED tidak berkesan usir gajah liar
PENDUDUK Kampung Batu 8 Mukim Siong, Baling bergotong-royong menyalakan unggun api bagi mengusir gajah liar menceroboh ke kawasan ladang dan rumah penduduk. - Foto Astro AWANI
Dakwaan penduduk Kampung Batu 8 Mukim Siong di sini lampu LED yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tidak berkesan untuk mengusir gajah liar adalah kurang tepat.
Sebaliknya Pengarah Perhilitan Kedah, Muhammad Ali Che Aman menjelaskan lampu LED itu perlu dipasang setiap masa dan bukan digunakan hanya pada waktu tertentu sahaja.
Beliau menegaskan, pihaknya sudah berulang kali meminta penduduk supaya tidak memadamkan lampu LED berkenaan khususnya di kawasan ancaman.
Bagaimanapun, jelasnya lagi mereka gagal berbuat demikian sehingga menjadi antara punca gajah liar kembali menyerang.
Berdasarkan pemantauan Perhilitan di lokasi berkenaan, gajah liar itu dipercayai bergerak dalam kumpulan antara dua ke empat ekor pada satu masa.
Ia berdasarkan bekas tapak kaki yang ditinggalkan dan tidak seperti yang didakwa penduduk iaitu sepuluh gajah.
Sementara itu, mengulas langkah memindahkan gajah liar ke habitat asalnya, beliau menegaskan ia membabitkan kos yang tinggi mencecahkan sehingga RM80,000 untuk seekor gajah.
Perhilitan turut meminta penduduk tidak mengganggu haiwan itu kerana dikhuatiri akan mendorongnya bertindak agresif.
Setakat ini, Perhilitan hanya menerima aduan secara lisan daripada penduduk kampung berkenaaan berhubung kehadiran gajah liar di kawasan berkenaan.
TONTON: Nyala unggun api setiap hari halau gajah liar
Semalam, Astro AWANI melaporkan, penduduk di kampung berkenaan bergotong-royong menyalakan unggun api bagi mengusir gajah liar daripada menceroboh ke kawasan ladang dan rumah penduduk.
Mereka berbuat demikian selepas lampu LED yang dibekalkan pihak Perhilitan didakwa tidak lagi berkesan mengusir haiwan itu.
Topic Berkaitan
#Baling
#gajah liar
#Kampung Batu 8
#Muhammad Ali Che Aman
#Mukim Siong
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan