NATIONAL
Perhilitan N.Sembilan siasat dakwaan dua tapir berkeliaran di taman perumahan

Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak haiwan liar ini diminta membuat laporan kepada Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. -Bernama
SEREMBAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan dua ekor tapir di sebuah taman perumahan di Pedas, Rembau, malam semalam.
Ringkasan AI
- Perhilitan Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan dua ekor tapir di taman perumahan di Pedas, Rembau, namun belum menerima sebarang aduan rasmi.
- Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak haiwan liar ini diminta membuat laporan kepada Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.
- Video berdurasi 19 saat yang menunjukkan dua ekor tapir berkeliaran di tengah jalan pada waktu malam telah tular di media sosial dan WhatsApp.
"Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak haiwan liar ini diminta supaya terus membuat laporan kepada Perhilitan untuk kita lakukan tindakan selanjutnya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi 19 saat di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan dua ekor tapir berkeliaran di tengah jalan pada waktu malam yang didakwa berlaku di sebuah taman perumahan di Pedas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami