awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan siasat kematian lelaki Indonesia diserang harimau belang

Bernama
Bernama
11/11/2023
10:56 MYT
Perhilitan siasat kematian lelaki Indonesia diserang harimau belang
Siasatan akan dilaksanakan anggota pasukan SAR di lokasi kejadian yang terlibat untuk menentukan punca kematian sebenar. - Foto: Sinar Harian
GUA MUSANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan akan menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia yang diserang hidupan liar dipercayai harimau belang dalam kejadian di sebuah ladang di Kampung Meranto di sini semalam.
Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata siasatan akan dilaksanakan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian yang terlibat untuk menentukan punca kematian sebenar.
"Sejurus menerima maklumat pada 10 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang semalam, anggota Perhilitan bersama pasukan SAR telah bergerak ke lokasi kejadian.
"Jarak antara bandar Gua Musang dengan kawasan ladang berkenaan lebih kurang 55 kilometer dan mengambil masa antara satu hingga dua jam untuk sampai ke lokasi serta bergantung kepada keadaan cuaca," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, mayat Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemukan dalam keadaan mengerikan dengan anggota tubuh badannya tidak sempurna selepas dipercayai dibaham harimau di kawasan kebun getah di sini.
Mengulas lanjut, Mohamad Hafid berkata akses untuk masuk ke kawasan terbabit hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda menerusi laluan melibatkan jalan ladang.
Sebelum ini, katanya terdapat satu kes kecederaan dan dua kematian melibatkan masyarakat Orang Asli akibat diserang harimau belang dicatatkan di negeri ini.
Beliau meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan hidupan liar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#Harimau belang
#siasatan
#lelaki indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan