awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan tahan lelaki sembur cat pada monyet

Bernama
Bernama
24/05/2025
22:10 MYT
Perhilitan tahan lelaki sembur cat pada monyet
Tular di Facebook video seorang lelaki menyembur cat ke arah seekor monyet di dalam sangkar yang mencetuskan kemarahan netizen dan pencinta haiwan.
KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan seorang lelaki yang didakwa melakukan perbuatan kejam menyembur cat terhadap seekor monyet yang berada di dalam sangkar di Shah Alam, Selangor.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai veterinar daerah Petaling pada 2.10 pagi Sabtu yang memaklumkan mengenai video tular berhubung kejadian itu.
"Pengadu telah melihat video yang telah tular di Facebook berdurasi lima saat yang memperlihatkan seorang lelaki telah menyembur cat pada seekor monyet yang berada di dalam sangkar. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Taman Desa Moccis, U17, Shah Alam.
"Setelah siasatan awal dijalankan, Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh telah mengklasifikasi kes kepada rujuk lain agensi (Jabatan Veterinar dan Jabatan Perhilitan)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Jabatan Perhilitan juga telah membuat satu lagi laporan berkaitan tindakan menangkap lelaki itu mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716) yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mohd Hafiz berkata, polis menasihati orang ramai agar tidak menyeksa haiwan dan perbuatan itu adalah satu kesalahan selain mengingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau hubungi Sarjan Mejar Azmir Azriezal Ramli di talian 019-5665870.
Terdahulu, tular di Facebook video seorang lelaki menyembur cat ke arah seekor monyet di dalam sangkar yang mencetuskan kemarahan netizen dan pencinta haiwan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#sembur cat
#monyet disembut cat
#monyet dalam sangkar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan