awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan tangkap harimau serang haiwan ternakan

Bernama
Bernama
27/11/2024
07:07 MYT
Perhilitan tangkap harimau serang haiwan ternakan
Usaha menangkap haiwan terbabit dilakukan selepas Perhilitan menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai serangan harimau terhadap ternakan. - Gambar/ Media sosial
SIK: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor harimau dahan jantan yang dipercayai berkeliaran di pinggir Kampung Lubuk Tualang dekat sini pagi semalam.
Pengarah Perhilitan Kedah Abdul Malek Mohd Yusof berkata usaha menangkap haiwan terbabit dilakukan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai serangan harimau terhadap ternakan.
"Ahad lepas, kami terima aduan tentang serangan harimau terhadap haiwan ternakan dan peliharaan ... pada hari sama, kakitangan Perhilitan Daerah Sik turun ke lokasi dan mendapati ada kesan tapak kaki haiwan itu yang masih baharu.
"Satu unit perangkap dipasang di lokasi aduan ... dan akhirnya, seekor harimau dahan (Neofelis nebulosa) jantina jantan dewasa, didapati telah memasuki perangkap yang dipasang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan akan dilakukan terhadap harimau terbabit bagi mengetahui status kesihatan sebelum dipindahkan ke habitat yang jauh daripada penempatan manusia.
Sementara itu, Abdul Malek berkata berdasarkan laporan yang diterima, selain Kampung Lubuk Tualang, beberapa kampung termasuk Kampung Chepir, Kampung Hujung Becah, Kampung Sik Dalam dan Kampung Kelian di daerah itu, turut mengalami gangguan serangan harimau dahan.
"Harimau dahan ini dipercayai keluar dari Hutan Simpan Rimba Teloi yang terletak berhampiran dengan kampung untuk mencari makanan.
"Orang ramai disarankan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Perhilitan melalui talian Hotline 1-800-88-5151 atau eaduan di laman web www.wildlife.gov.my," katanya.
Dalam perkembangan sama, penduduk Kampung Lubuk Tualang Mohamad Wahab, 38, berkata penduduk kampung bimbang untuk keluar menoreh getah atau ke kebun tanaman kerana sering terserempak dengan haiwan pemangsa itu.
"Harimau dahan pernah menyerang seekor beruk peliharaan penduduk kampung dan seekor kambing milik penduduk.
"Alhamdulillah ... akhirnya harimau yang sering muncul berhampiran rumah penduduk berjaya ditangkap, saiznya agak besar ... terima kasih kepada Perhilitan kerana mengambil tindakan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sik
#konflik haiwan dan manusia
#serangan harimau
#haiwan ternakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan