awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Baju Merah 2.0 jangkakan penyertaan bukan Melayu - Jamal

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
14/08/2016
08:25 MYT
Perhimpunan Baju Merah 2.0 jangkakan penyertaan bukan Melayu - Jamal
JAMAL (tengah): "Sekurang-kurangnya 40 peratus daripada jumlah peserta kali ini akan terdiri daripada kaum Cina. - Foto Astro AWANI
Penganjur Perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos menjangkakan akan ada penyertaan dari golongan bukan Melayu dalam Perhimpunan Baju Merah 2.0 yang akan dianjurkannya susulan penganjuran perhimpunan Bersih 5.
Kedua-dua perhimpunan itu dijangka akan diadakan pada waktu dan tarikh yang sama.
"Sekurang-kurangnya 40 peratus daripada jumlah peserta kali ini akan terdiri daripada kaum Cina.
"Saya sudah berbincang mengenai perkara ini dan mereka bersetuju untuk bersama-sama kita," kata Jamal dalam satu sidang media di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Katanya, Perhimpunan Baju Merah 2.0 itu nanti mensasarkan seramai 300,000 peserta.
"Kami bukan main-main tentang perkara ini.
"Kita lihat sudah banyak kali sebelum ini perhimpunan Bersih diadakan tetapi untuk apa? Tiada manfaat buat rakyat," kata Jamal lagi.
Ditanya sekiranya dia akan mendapatkan permit dari pihak polis berhubung penganjuran perhimpunan tersebut, Jamal menjawab beliau akan menunggu tindakan yang diambil penganjur Bersih terlebih dahulu.
"Sekiranya mereka ikut peraturan, kami pun sama.
"Jika tidak, kami akan ikut juga," kata Jamal.
Pada 3 Ogos lalu Bersih 2.0 mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan aman Bersih 5 untuk mendesak penyelesaian segera terhadap isu yang melibatkan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun, tarikh, masa, tempat serta bentuk perhimpunan yang akan dibuat masih belum ditetapkan dan akan diumumkan kelak.
Topic Berkaitan
#Bersih 5.0
#Datuk Jamal Md Yunos
#Maria Chin
#Perhimpunan Baju Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan