awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan bantah kerajaan Kelantan di Kuala Betis

Bernama
Bernama
03/02/2013
10:50 MYT
Perhimpunan bantah kerajaan Kelantan di Kuala Betis
Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan akan menganjurkan perhimpunan Bantahan Ladang Rakyat di Kampung Lalang, Kuala Betis pada Jumaat ini.
Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Mohd Fauzi Mohamad berkata bantahan ladang rakyat itu dijangka mengumpulkan 1,500 peserta termasuk penduduk tempatan dan peserta konvoi 300 kenderaan dari seluruh negeri.
Beliau berkata, bantahan itu bagi menunjukkan keperihatinan Perkasa untuk membantu penduduk di kampung terbabit selepas tanah mereka dirampas kerajaan Pas Kelantan untuk diberi kepada syarikat pembangunan ladang rakyat.
"Kita akan berkumpul di kampung terbabit jam 2.30 petang untuk membuat bantahan berkenaan yang akan dihadiri Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat program berkenaan bersama penduduk di Kampung Lalang hari ini.
Mohd Fauzi berkata pelbagai perhimpunan yang diadakan Perkasa bagi memberi kesedaran kepada penduduk bahawa kerajaan negeri lebih mengutamakan individu asing daripada penduduk tempatan untuk memiliki tanah.
"Kita akan melakukan perhimpunan bantahan berkenaan secara berterusan kerana kita bimbang jika kerajaan Pas itu terus memerintah Kelantan selepas pilihan raya umum ke 13, akan banyak lagi tanah yang diusahakan rakyat dirampas," katanya.
Topic Berkaitan
#Mohd Fauzi Mohamad
#perhimpunan rakyat
#PERKASA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan