awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan: Polis terima notis daripada kumpulan Baju Merah

Bernama
Bernama
27/10/2016
11:43 MYT
Perhimpunan: Polis terima notis daripada kumpulan Baju Merah
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memanggil penganjur perhimpunan itu bagi membincangkan tindakan dan tujuan perhimpunan dilakukan.
Polis telah menerima notis daripada Kumpulan Baju Merah dua hari lepas bagi penganjuran satu perhimpunan di Dataran Merdeka di sini pada 5 Nov depan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memanggil penganjur perhimpunan itu bagi membincangkan tindakan dan tujuan perhimpunan dilakukan.
Katanya pihaknya tiada halangan bagi mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan selagi mematuhi peruntukan undang-undang dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012).
"Kalau nak buat apa jua perhimpunan, buatlah kerana Akta Perhimpunan Aman memberi kebenaran untuk kita untuk berhimpun atau protes tetapi mestilah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Graduasi Peserta Kursus 'Service Excellence Delivery In Action' di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Sementara itu, Khalid berkata pihaknya masih belum menerima notis daripada penganjur Bersih 5 yang mahu mengadakan perhimpunan pada 19 Nov depan.
Katanya tindakan akan diambil terhadap penganjur perhimpunan yang tidak memberi notis. - Bernama
Topic Berkaitan
#akta perhimpunan aman
#APA 2012
#Baju Merah
#Bersih 5
#notis
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan