KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada Selasa, yang melibatkan empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); masing-masing tiga kluster tempat kerja dan kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Berikut perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti:

1. Kluster Jalan Puchong

Kluster institusi pendidikan KPM melibatkan daerah Sepang,dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361115) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

2. Kluster Persiaran Setia Murni

Kluster institusi pendidikan KPM melibatkan daerah Petaling, Kuala Selangor, dan Klang di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355928) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

3. Kluster Jalan Sejati

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Gombak dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-393107) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

4. Kluster Cangkat Minden

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381171) merupakan kes Influenza-Like Illness (ILI) yang dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021.

5. Kluster Jalan Padang Tembak

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-384437) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

6. Kluster Jalan Kempas Muar

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kempas, Mukim Jalan Bakri, Muar.

7. Kluster Teknologi Ayer Keroh

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Air Keroh Fasa IV, Taman Bukit Melaka, Melaka Tengah.

8. Kluster Sungai Tuah

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kanowit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-374123) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

9. Kluster Bandar Baru Sentul

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394103) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

10. Kluster Akar Peluru

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar, Pendang, dan Yan di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-378976) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan
individu bergejala.

11. Kluster Jalan Bukit Emas

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-395170) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala.