Perincian WCE Selatan dibentang ke peringkat Persekutuan pada April

Mohamad Fazli (kanan) berkata kajian kebolehlaksanaan juga telah siap pada Disember lepas menerusi libat urus antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan kerajaan negeri.
JOHOR BAHRU: Perincian Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang akan mengurangkan kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sedang dimuktamadkan untuk dibentangkan ke peringkat Persekutuan pada April.
Ringkasan AI
- Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan mengurangkan kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dengan perincian projek yang akan dibentangkan ke peringkat Persekutuan pada April ini.
- Kajian kebolehlaksanaan WCE Selatan telah selesai pada Disember lalu, dengan cadangan 13 persimpangan untuk merancakkan ekonomi setempat, termasuk pembinaan persimpangan di Sungai Terap, Parit Sulong, dan Pekan Nenas.
- Pembinaan WCE ini akan menyuraikan 27 peratus trafik di Lebuhraya PLUS, membantu kira-kira 35,000 kenderaan sehari, serta memberi akses pantai barat Johor yang lebih pantas dan efisien kepada pengguna jalan raya.
"Jika tiada aral melintang, pembinaan WCE Selatan ini akan siap dalam tempoh 48 bulan sebaik sahaja semua proses dimuktamadkan," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Mohamad Fazli berkata kerajaan negeri turut mencadangkan 13 persimpangan bagi pembinaan projek melibatkan jajaran sepanjang 153.3 kilometer dalam merancakkan ekonomi setempat.
"Jika perlu disusun mengikut keutamaan, kami mencadangkan tujuh persimpangan dibina dahulu antaranya Sungai Terap (Muar), Parit Sulong (Batu Pahat) dan Pekan Nenas (Pontian)," katanya.
Mohamad Fazli berkata lebuh raya itu yang melengkapkan rangkaian serta menghubungkan Banting, Selangor melalui Negeri Sembilan dan Melaka terus ke Lebuhraya Laluan Kedua, Gelang Patah bakal menjadi laluan alternatif yang lebih pantas dan efisien kepada pengguna jalan raya.
Beliau berkata ia sekali gus memperluas akses ke pantai barat Johor serta menyuraikan 27 peratus trafik, iaitu kira-kira 35,000 kenderaan sehari yang masuk dan keluar menggunakan Lebuhraya PLUS, khususnya semasa musim perayaan dan cuti sekolah.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan utama Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang sedang dimuktamadkan? A: Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, tujuan utama WCE adalah untuk mengurangkan kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta merancakkan ekonomi setempat.
- Q: Berapakah jarak total jajaran projek WCE yang dicadangkan? A: Projek WCE melibatkan jajaran sepanjang 153.3 kilometer yang membabitkan 13 persimpangan.
- Q: Bagaimanakah proses pembinaan WCE di kawasan Selatan akan dilaksanakan? A: Pembinaan WCE Selatan dijangka siap dalam tempoh 48 bulan setelah proses dimuktamadkan, termasuk penyelesaian perolehan serta garis masa yang telah ditentukan.
- Q: Apa yang dicadangkan oleh kerajaan negeri berkenaan persimpangan utama dalam pembinaan WCE? A: Kerajaan negeri mencadangkan tujuh persimpangan utama dibina dahulu, antaranya Sungai Terap (Muar), Parit Sulong (Batu Pahat), dan Pekan Nenas (Pontian) untuk meningkatkan kelancaran trafik.
- Q: Berapa perkiraan pengurangan trafik yang dijangka dengan penggunaan WCE? A: WCE dijangka mampu menyuraikan 27 peratus trafik, iaitu kira-kira 35,000 kenderaan sehari yang menggunakan Lebuhraya PLUS, terutamanya semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

