awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah Kawalan Pergerakan: Persidangan DUN Selangor ditangguh hari ini

Bernama
Bernama
17/03/2020
08:52 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan: Persidangan DUN Selangor ditangguh hari ini
Usul penangguhan yang dibawa oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari itu dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). - Gambar fail/BERNAMA
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadual berlangsung selama dua minggu sejak dibuka semalam ditangguhkan hari ini selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok.
Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata usul penangguhan yang dibawa oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari itu dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
"Walaupun bersidang hanya selama dua hari, tetapi kita berjaya menyelesaikan semua urusan kerajaan negeri termasuk meluluskan enam usul.
"Persidangan DUN hari ini dapat dipendekkan kepada hanya setengah hari berikutan semua ADUN bersetuju meluluskan usul yang dibawa dan tidak mengambil bahagian untuk membahas usul berkenaan," katanya dalam sidang media di lobi DUN di sini, hari ini.
Ng berkata, antara usul yang diluluskan pada persidangan singkat itu adalah Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Usul Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor.
Terdahulu, Amirudin ketika mengemukakan usul penangguhan pada persidangan DUN berkenaan berkata, tindakan itu perlu diambil bagi mengekang penularan COVID-19 yang semakin berleluasa ketika ini.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa esok hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.
Perintah kawalan yang dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Sidang DUN Selangor ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#coronavirus
#COVID-19
#DUN Selangor
#koronavirus
#Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan