MALAYSIA
Perintah Kawalan Pergerakan: Tentera bantu PDRM bermula Ahad ini

Ismail turut menafikan dakwaan berita palsu bahawa beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula dikerahkan bermula Ahad ini bagi membantu polis dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meskipun anggota ATM digerakkan namun ia bukan situasi darurat di negara ini.
“Polis telah melaporkan terdapat peningkatan pematuhan arahan tersebut daripada rakyat jadi kita berharap dapat melihat lebih lagi apabila tentera digerakkan kelak.
“Namun, terdapat kes individu yang masih tidak mengendahkan arahan tersebut, buat masa ini hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya dalam sidang media, pada Jumaat.
“Tiada dalam perancangan kerajaan pun untuk umumkan darurat, tiada aset tentera yang digerakkan pun buat masa sekarang seperti berita palsu yang ditularkan di laman media sosial,” jelasnya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami