awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian penstrukturan semula air Selangor dimeterai hari ini

Astro Awani
Astro Awani
10/07/2015
03:49 MYT
Perjanjian penstrukturan semula air Selangor dimeterai hari ini
Perjanjian akan ditandatangani jam 3 petang pada Jumaat.
Setelah beberapa kali tertangguh, perjanjian penstrukturan semula industri air negeri Selangor akan dimeterai hari ini.
Ia bakal ditandatangani menteri besar Mohamed Azmin Ali manakala kerajaan pusat akan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KETTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili jam 3 petang di Putrajaya.
Perjanjian tersebut sepatutnya dimuktamadkan pada Februari tahun ini namun tertangguh hingga sekarang.
Azmin sebelum ini dilapor telah bertemu kerajaan pusat bagi membincangkan beberapa isu berbangkit terutama melibatkan isu tuntutan pengambilalihan aset negeri.
Bulan lalu, Syabas memberi amaran isu-isu berkaitan dengan penstrukturan semula industri air perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan gangguan bekalan air kerana rizab Lembah Kelang kini berada di bawah paras lima peratus.
Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata projek Langat 2, projek bekalan air utama bagi Selangor dan Kuala Lumpur sangat diperlukan sekarang.
Ia bagi memenuhi keperluan penduduk dan industri di Lembah Kelang sehingga 2025.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#dimeterai
#Maximus Ongkili
#penstrukturan air
#Selangor
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan