awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian sempadan maritim: Anwar jawab Muhyiddin di Parlimen esok

Bernama
Bernama
12/06/2023
07:22 MYT
Perjanjian sempadan maritim: Anwar jawab Muhyiddin di Parlimen esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menjawab persoalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perjanjian persempadanan maritim yang dimeterai dengan Indonesia baru-baru ini, di Parlimen esok.
Anwar berkata persoalan Muhyiddin itu akan dijawab dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri.
"Saya akan jawab di Parlimen dan biar dia (Muhyiddin) ada di situ untuk hujah. Saya harap dia hadir," kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), di sini hari ini.
[TERKINI] Sidang Media Pasca Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara
Muhyiddin mendakwa perdana menteri menandatangani perjanjian itu ketika lawatan kerja Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia baru-baru ini walaupun pakar maritim menasihatkan supaya tidak berbuat demikian.
Sehubungan itu, Muhyiddin dilaporkan menggesa perdana menteri untuk memberi penjelasan berhubung perjanjian persempadanan maritim itu.
Mengenai pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRN) di enam negeri, Anwar berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sudah di peringkat akhir.
Enam negeri yang terlibat dalam PRN ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhyiddin Yassin
#persempadanan maritim
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan