Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan supaya pesalah rasuah dikenakan hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup.
Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Perkasa Jais Abdul Karim berkata hukuman berat itu, yang dikenakan bagi kesalahan mengedar dadah, perlu dilaksanakan bagi membendung masalah rasuah di negara ini.
"Justeru itu, kita meminta supaya hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup perlu diperhalusi supaya setimpal dengan kesalahan itu," katanya pada Forum Rakyat Bangkit Menentang Rasuah anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, malam tadi.
Jais berkata kerajaan juga perlu memperkenal akta baharu yang dikenali sebagai 'Akta Sabotaj Ekonomi' bagi membolehkan pesalah rasuah ditahan tanpa jaminan dalam tempoh masa tidak terhad.
Akta itu yang membawa kesan sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperlukan supaya proses siasatan boleh dijalankan dengan lengkap.
"Tahanan tanpa jaminan dan had ini perlu supaya tidak memberikan peluang kepada perasuah menghapuskan bahan bukti atau mempengaruhi saksi yang terlibat," katanya.
Jais berkata rakyat Malaysia di semua peringkat juga mesti berani dan proaktif untuk tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malah, katanya laporan juga boleh disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antirasuah supaya mereka boleh membantu menyalurkan laporan kepada pihak berkuasa. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 22 2017
Hukuman berat itu, yang dikenakan bagi kesalahan mengedar dadah, perlu dilaksanakan bagi membendung masalah rasuah di negara ini. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kartel manipulasi projek tender kerajaan amat serius - MCW
Strategi melibatkan pemilik syarikat berkahwin dengan beberapa isteri dan menggunakan nama mereka sebagai proksi memberikan impak negatif terhadap persaingan yang adil.
Periksa kewangan anggota polis - MCW
Kerjasama erat antara pasukan polis dan SPRM amat penting bagi mengatasi masalah rasuah dengan lebih berkesan.
Tidak akan ada pendakwaan terpilih jika ahli politik benar-benar bersih - MCW
Badan itu juga menegaskan, perbuatan rasuah tetap salah dan semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah jika seseorang itu terbukti bersalah dan harus dijatuhkan hukuman.
SPRM wajar contohi program Paku Integritas KPK Indonesia - MCW
Ia dapat bentuk peribadi bermaruah dan berintegriti dalam kalangan pemimpin muda politik melalui kaedah mentor-mentee.
Malaysia di landasan betul dalam mencegah gejala rasuah - MCW
Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha mencegah perbuatan korupsi bagi membentuk masyarakat bebas rasuah sepanjang lima tahun lalu, menurut Malaysia Corruption Watch (MCW).
MCW gesa penghakiman kes rasuah berprofil tinggi disegerakan
Semua kes salah guna kuasa berprofil tinggi melibatkan kepentingan awam harus disegerakan bagi mengelak persepsi pendakwaan terpilih.
Tindakan Azam Baki tampil perjelas isu pemilikan saham sudah cukup baik - MCW
Pembelian saham oleh pihak ketiga menggunakan akaun peribadi adalah sesuatu yang normal dan tidak menjadi satu kesalahan mengikut undang-undang sekuriti.
Pemimpin GLC perlu ada IQ, EQ dan SQ - Akhbar Satar
Seseorang pemimpin perlu mempunyai kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) yang tinggi sebelum dilantik memegang mana-mana GLC di negara ini.
Peletakan jawatan Abe Shinzo kehilangan buat dunia - MCW
Keputusan itu disifatkan sebagai satu kerugian bagi seluruh dunia dan Malaysia khususnya.
DAP didesak hentikan tohmahan terhadap SPRM
MCW mewakili suara rakyat Malaysia mendesak agar DAP akur dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi membolehkan kes yang disyaki rasuah itu dapat disiasat mengikut prosedur tanpa gangguan.