Agenda utama Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang baru dilantik ialah memperkasakan hubungan antarabangsa bukan hanya dalam kalangan negara-negara serantau, tetapi juga dengan lebih banyak negara di seluruh dunia.
Ahli Parlimen Sembrong itu juga berjanji akan menggandakan usaha dengan sedaya upaya saya bagi melonjakkan lagi nama baik negara sekali gus memastikan Malaysia semakin disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa.
Menurut beliau, agenda berkenaan menjadi keutamaan beliau seiring dengan harapan rakyat Malaysia yang berhasrat melihat nama negara kembali gemilang di mata dunia.
“Justeru, saya berjanji akan berusaha dengan sedaya upaya saya bagi melonjakkan lagi nama baik Malaysia sekali gus memastikan Malaysia semakin disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa,” kata Hishammuddin dalam kenyataan media yang diedarkan pada Selasa.
Hishammuddin merupakan antara pemimpin yang dilantik oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menanggotai senarai Kabinet Malaysia 2020 pada Isnin.
Barisan Kabinet Malaysia 2020 yang terdiri daripada 31 menteri kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.
BACA: Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
BACA: Senarai barisan Kabinet Malaysia 2020
Hishammuddin, 58, merupakan pemimpin yang berpengalaman luas sebagai menteri dan pernah menjawat jawatan antaranya Menteri Pertahanan, Menteri Pelajaran dan Menteri Belia dan Sukan.
Dalam kenyataan yang sama, anak kepada Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn itu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menzahirkan sokongan kepada beliau di atas pelantikan sebagai Menteri Luar.
Kata beliau, sokongan yang diterima terutamanya daripada rakyat Malaysia, warga Kementerian Luar Negeri (MOFA), pemimpin-pemimpin luar, duta dan pegawai kerajaan akan membantu merealisasikan banyak
kejayaan pada masa depan.
“Saya sedar, banyak kerja perlu dilakukan untuk mencapai matlamat ini. Jadi, segala kerja ini akan saya dan warga MOFA laksanakan bermula dari hari pertama saya di MOFA nanti,” ujar Hishammuddin lagi.
Astro Awani
Tue Mar 10 2020
Hishammuddin berjanji akan menggandakan usaha bagi melonjakkan lagi nama baik negara sekali gus memastikan Malaysia semakin disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa. - Gambar fail
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.