SUNGAI PETANI: Individu yang terlibat dalam sektor penghantaran makanan (p-hailing) dan pengangkutan penumpang (e-hailing) disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menjamin kebajikan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata masih ramai daripada golongan itu didapati tidak mencarum dengan Perkeso apabila hanya 29.8 peratus atau 208,818 individu berbuat demikian daripada keseluruhan 700,704 orang yang aktif.
"Masih ramai yang tidak mencarum sedangkan kerajaan membiayai 80 peratus (RM186.20) daripada caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi Pelan Caruman 2...anda hanya perlu bayar 20 peratus (RM46.60) sahaja.
"Caruman ini untuk menjaga kebajikan keluarga...kita perlu ambil iktibar daripada nahas kapal terbang terhempas (di Elmina) baru-baru ini...saya harap mereka yang belum daftar tampil untuk mendaftar dan mencarum," katanya.
Terdahulu, beliau menyerahkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 kepada keluarga penghantar makanan Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina pada 17 Ogos lepas, di Taman Sidam Kiri di sini hari ini.
Mohammed Azman berkata agensi itu mempunyai kerjasama baik dengan syarikat p-hailing dan e-hailing serta akan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memudahkan individu yang terlibat dalam sektor itu membuat pendaftaran dan membayar caruman.
"Kita sedang dalam perbincangan dengan syarikat terbabit untuk mencari cara bagi memudahkan mereka mendaftar dan membuat bayaran sama ada secara bulanan dan sebagainya," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya meluluskan 3,112 kes tuntutan faedah SKSPS membabitkan nilai keseluruhan RM16.98 juta setakat ini, berbanding 4,383 kes dengan bayaran RM14.3 juta sepanjang tahun lepas.
Sementara itu, Mohammed Azman berkata waris Muhamad Hafiz bakal menerima pencen Perkeso berjumlah RM1,894.75 sebulan bermula September ini apabila mangsa meninggal dunia semasa mencarum di bawah SKSPS sekali gus melayakkan mendapat faedah itu.
Menurutnya jumlah pencen bulanan itu termasuk dengan Pencen Penakat bernilai RM778.75 kerana semakan Perkeso mendapati Allahyarham Muhamad Hafiz turut memiliki kelayakan pencen berkenaan dengan rekod caruman terakhir pada Jun 2021 semasa berkhidmat di sebuah syarikat logistik.
Bapa kepada Muhamad Hafiz, Muhamad Salleh Othman, 57, menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas kesungguhan agensi itu membela kebajikan keluarganya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata masih ramai daripada golongan itu didapati tidak mencarum dengan Perkeso. - Gambar fail/Perkeso
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.