awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela

Bernama
Bernama
04/05/2023
05:40 MYT
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Mangsa terlibat dalam kemalangan di KM21.8 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran kampung Sungai Ikan Kuala Nerus pada 21 April lalu. - Gambar fail/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Kesedihan satu keluarga dari Kampung Pulau Melaka di sini, yang kehilangan ketua keluarga akibat kemalangan pada hari kedua Aidilfitri lalu, sedikit terubat apabila menerima kunjungan Skuad Perkeso Prihatin.
Kasmara Kadir, 48, iaitu balu kepada pemandu bas ekspres, Nik Nordin Jusof, 51, menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Menurut Kasmara, suaminya terlibat dalam kemalangan di KM21.8 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran kampung Sungai Ikan Kuala Nerus pada 21 April lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada 23 April ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu.
Kemalangan tersebut turut meragut nyawa pasangan suami isteri yang menaiki kereta Perodua Myvi.
Kasmara yang mempunyai lima anak berumur antara 13 hingga 28 tahun, berkata sambutan hari raya kali ini amat suram kerana di saat orang lain sedang bergembira, keluarganya pula dalam keadaan berduka.
"Kami sekeluarga melahirkan kesyukuran dan berterima kasih pada pihak PERKESO Kelantan yang sudi hadir ke rumah membawa berita baik dan semangat baru buat kami sekeluarga," katanya ketika ditemui pemberita, di sini semalam.
Sementara itu, Nora berkata susulan mendapat maklumat kematian pemandu bas itu pihaknya segera menghubungi majikan Allahyarham Nik Nordin dan kes telah diselesaikan pada hari sama kematian mangsa.
"Kunjungan prihatin untuk menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 dan ia akan disusuli bayaran Pencen Penakat secara berkala setiap bulan untuk seumur hidup balu dan dua anaknya sehingga mencapai umur 21 tahun dengan kadar pencen bulanan RM1,310 sebulan.
"Saya percaya ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan keluarga ini dalam meneruskan hidup tanpa ketua keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu bas maut
#kemalangan
#Aidilfitri
#perkeso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan