awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump gesa pelaburan minyak AS$100 bilion di Venezuela, Exxon ragui kebolehlaburan negara itu
Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag dibuka
FCC luluskan SpaceX lancar tambahan 7,500 satelit Starlink generasi kedua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso terima 205,342 permohonan Program Subsidi Upah

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
23/04/2020
11:27 MYT
Perkeso terima 205,342 permohonan Program Subsidi Upah
Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, banyak permohonan diterima membabitkan perusahaan mikro. -Foto Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima 205,342 permohonan majikan melibatkan 1.7 juta pekerja untukk Program Subsidi Upah (PSU) sejak permohonan dibuka pada 1 hingga 22 April 2020.
Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, banyak permohonan diterima membabitkan perusahaan mikro.
“Daripada pecahan keseluruhan jumlah permohonan, kita boleh lihat majikan perusahaan mikro dan kecil adalah yang paling banyak memohon.
“Bagaimanapun, permohonan yang lengkap dengan maklumat tepat akan mempercepatkan proses kelulusan PSUSubsidi oleh Perkeso,” katanya dalam satu rakaman video yang diedarkan kepada media.
Dr. Mohammed Azman turut mengingatkan para majikan supaya menyatakan jumlah sebenar pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah sewaktu mengemukakan permohonan kerana ia adalah antara syarat utama program.
Dalam perkembangan lain, kenyataan itu turut memaklumkan pada masa ini, majikan hanya boleh membuat permohonan dalam talian sahaja.
Ia boleh dilakukan menerusi laman web prihatin.perkeso.gov.my.
Sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, majikan boleh hadir ke pejabat Perkeso untuk mengemukakan permohonan yang dibuka hingga 15 September ini.
Sekiranya ada majikan yang menghadapi kesulitan dalam mengemukakan permohonan ataupun jika ada sebarang pertanyaan, sila emel ke [email protected] atau atau menyalurkan pertanyaan ke www.facebook.com/PERKESO.Official/
Boleh juga hubungi talian 03-8091 5100; 03-4264 5555 atau 1-300-22-8000.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Kenyataan Media
#keselamatan
#Media
#perkeso
#permohonan
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan