awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan bas awam masih kurang memuaskan

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2013
23:27 MYT
Perkhidmatan bas awam masih kurang memuaskan
Memandu laju, malah jauh melebihi had laju yang ditetapkan.
Itu antara rungutan utama yang dibangkitkan pengguna perkhidmatan bas yang Astro AWANI temui hari ini di Kedah.
Rata-rata mereka melahirkan kebimbangan berhubung keselamatan.
Ini kerana berdasarkan pengalaman menaiki bas, ia seolah-olah menunjukkan pemandu bas tidak peka berhubung keselamatan penumpang.
Malah, lebih menakutkan, ada pemandu bas memandu sambil lewa pada kelajuan tinggi sambil menghisap rokok.
"Tapi kalau kita rasa pemandu bawa laju melebihi had laju biasa 110, tapi pemandu ni bawa laju melebihi had laju kadang-kadang 140," kata seorang penumpang bas Hassan Awang.
"Keselamatan ini kita tak mahu lah pemandu yang terlibat dengan dadah itu nombor satu dan macam penipuan lesen tidak ada dia buat nama orang lain ko loni banyak tipu macam sekuritilah ambil nama orang lain," kata Mohd Ismail Yusof.
"Setakat sekarang ni cara kuliti bas sangat memuaskan hati, apa yang saya tak puashati cara pemanduannya, pemanduannya saya rasa perlu diberi perhatian dititikberatkan pemandu yang berkualiti, nak pastikan pemandu rehat cukup tidor dan sebagainya," tambah beliau.
"Seingat saya kurang memuaskan terlalu laju, mengantuk, perlu mantauan yang lebih kerap, tambah pemandu."
Sehubungan itu, mereka berharap kerajaan akan menguatkuasa peraturan bagi mewajibkan pengusaha bas memasang sistem amaran automatik bagi memberi amaran kepada pemandu yang memandu bas dalam keadaan laju.
Topic Berkaitan
#AWANI745
#bas
#bas awam
#pengangkutan awam
#perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan