awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan bas ekspress akan ke TBS sepenuhnya

Astro Publication
Astro Publication
14/08/2015
02:10 MYT
Perkhidmatan bas ekspress akan ke TBS sepenuhnya
Perkhidmatan bas ekspres jarak jauh yang beroperasi di Pudu Sentral akan dipindahkan sepenuhnya ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) awal tahun depan.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kepada Bernama pemindahan itu bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di tengah-tengah ibu kota.
"Semua perkhidmatan bas ekspres ke negeri-negeri luar daripada Lembah Klang akan berpindah ke TBS.
"Bagaimanapun, perkhidmatan bas antara bandar dan di sekitar Lembah Klang akan terus beroperasi di Pudu Sentral," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka SPAD semalam. Perkhidmatan bas ekspres akan tamat hujung tahun ini di Pudu Sentral atau dahulunya dikenali sebagai Hentian Puduraya setelah 39 tahun menyediakan perkhidmatan itu kepada umum.
Dalam pada itu, Syed Hamid berkata pihaknya sedang merancang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua jenis bas di seluruh negara.
mengikut beliau setakat ini hanya perkhidmatan bas Go KL sahaja yang dipasang dengan alat CCTV.
"Sekiranya semua jenis bas dipasang CCTV, kita tidak jamin kadar tambangnya akan naik dan ia bergantung kepada syarikat pengusaha bas itu. Hal ini kerana jika mereka mahukan perkhidmatan terbaik maka tambang itu wajar diselaraskan," katanya.
(Imej: © Arne Müseler / CC-BY-SA-3.0)
Topic Berkaitan
#
# bas ekspress
#SPAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan