awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
24/01/2024
08:45 MYT
Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina
Perkhidmatan pengangkutan secara percuma itu disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar Bukit Bendera.
GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dengan kerjasama Rapid Penang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik ke Bukit Bendera dari Komtar sempena sambutan Tahun Baharu Cina, bermula 10 hingga 13 Feb ini.
PBBPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkhidmatan pengangkutan secara percuma itu disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar selain menggalakkan inisiatif hijau untuk mengawal pelepasan karbon di kawasan Air Itam.
"Perkhidmatan percuma ini akan bermula dari 9 pagi hingga 9 malam dengan kerapan lapan perjalanan setiap hari bagi kedua-dua arah, setiap 1 jam 30 minit. Penumpang boleh menaiki perkhidmatan ulang-alik di hentian bas terletak di Jalan Ria untuk sampai ke stesen bawah Bukit Bendera dan juga sebaliknya.
"Bas-bas ini boleh dikenal pasti menerusi papan tanda Penang Hill Free Shuttle Service dan akan berada di dua tempat mengambil dan menurunkan penumpang di hentian bas Jalan Ria, Komtar dan hentian bas di stesen bawah Bukit Bendera," menurut kenyataan itu.
Menurut PBBPP, jadual perkhidmatan bas berkenaan juga boleh didapati di laman sesawang rasmi dan semua platform media sosial PBBPP.
Sebagai alternatif, pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan GrabCar dengan kod promosi 'GRAB2PGHILL' bernilai RM5 setiap satu dengan maksimum dua penebusan bagi setiap pengguna, tertakluk kepada terma dan syarat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Bendera
#bas percuma
#Tahun Baharu Cina
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan