PUTRAJAYA: Perkhidmatan kesejahteraan lelaki akan diperluaskan ke Klinik Nur Sejahtera (KNS) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di seluruh negara sekiranya projek rintis di KNS LPPKN Dungun, Terengganu mendapat sambutan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata perkhidmatan kesejahteraan lelaki adalah sebagai tambahan kepada fungsi utama KNS LPPKN yang lebih menjurus kepada kesihatan reproduktif wanita dan sebelum ini ia hanya disediakan di KNS LPPKN di Kuala Lumpur.
Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi fokus kepada keberhasilan projek rintis pertama peringkat negeri di KNS LPPKN Dungun itu, yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk bantuan psikososial dan pendidikan kesihatan kepada lelaki setempat.
"Hasrat untuk perluas memang ada. Bila kita laksana projek rintis ini, kita akan tengok sambutannya nanti. Insya-Allah, kalau tengok respons sambutan itu, kita akan perluaskan ke negeri lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPWKM di sini hari ini.
Daripada 642 penerima APC, 15 daripadanya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk OKU fizikal dan penglihatan yang merupakan pegawai serta kakitangan sokongan di KPWKM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Rina berkata golongan lelaki juga mempunyai masalah kesihatan dan psikososial sama seperti golongan wanita, namun disebabkan sifat segan, mereka malu untuk mendapatkan bantuan.
"Melalui usaha sebegini (perkhidmatan kesejahteraan lelaki), kita harap dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi golongan ini," katanya.
Semalam, Rina dilaporkan berkata seramai 22,156 lelaki di negara ini mendapatkan khidmat kaunseling daripada LPPKN atas pelbagai masalah sejak 2019 hingga Jun tahun ini.
Daripada jumlah tersebut, 33 peratus berkaitan masalah dengan pasangan, 20 peratus masalah kewangan, 17 peratus masalah keluarga manakala 30 peratus lagi lain-lain masalah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Rina berkata golongan lelaki juga mempunyai masalah kesihatan dan psikososial sama seperti golongan wanita, namun disebabkan sifat segan, mereka malu untuk mendapatkan bantuan. - Gambar fail
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda
Pelbagai perubahan dari sudut infrastruktur dan ekonomi sosial boleh dibuat di DUN Batu Tiga sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos ini.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
'Srikandi Bersatu tak macam Wanita UMNO, ketepikan yang muda dan baharu' - Rina
Datuk Seri Rina Harun menyifatkan Srikandi Bersatu tidak sama dengan Wanita UMNO yang dilihat bersikap mengetepikan muka baharu dan muda dalam parti.
Srikandi Bersatu gesa segerakan Akta Pendanaan Politik, senaraikan yayasan dikecuali cukai
Srikandi Bersatu mendesak agar pelaksanaan Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi memastikan tiada lagi individu menjadi mangsa kezaliman politik.
PRU15: Tersungkur di Sepang, Rina Harun anggap bukan rezeki
Rina tetap berbangga kerana telah berusaha untuk kampung halamannya.
PRU15: Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan
Datuk Seri Rina Harun berhasrat menjadikan Sepang sebagai hab ekonomi dan pelancongan negara.
PRU15: Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun
Sebaliknya, Rina berkata, tindakan itu diambil kerana mahu menyelamatkan agama, bangsa dan negara.
PRU15: Rina Harun sah bertanding di Sepang
Datuk Seri Rina Mohd Harun diumum sebagai calon PN bagi kerusi Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Takiyuddin nafi berkahwin lagi dalam tempoh 15 tahun
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini menafikan beliau mendirikan rumah tangga dengan mana-mana wanita dalam tempoh 15 tahun kebelakangan.
Bajet 2023: Peruntukan diterima KPWKM tertinggi dalam sejarah - Rina
Peruntukan RM3.4 bilion yang diterima Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Bajet 2023 merupakan tertinggi dalam sejarah.